Tuesday, August 25, 2009

KOLEKSI NOVEL NASS ALINA NOAH




TAKKAN BERHENTI MENCINTAIMU - NASS ALINA NOAH

Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain.

Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah?. Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya?. Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa?.

Malam-malam kian sepi dan semakin sepi dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya...

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku kerana aku takkan pernah mencintaimu..

Ermmm...sebenarnya saya belum membaca novel setebal 861 muka surat ini disebabkan kekangan masa yang amat terhad akhir-akhir ini. Ini adalah novel terbaru karya penulis kesayangan saya ini. Walaupun saya belum membaca novel karangan beliau, saya yakin bahawa novel ini tidak kurang hebat atau mungkin lebih hebat dari karya-karya beliau sebelumnya. Saya memang gemar akan gaya penulisan Nass Alina Noah yang pada pengamatan saya terlalu berani mengenengahkan perkara-perkara yang 'taboo' yang biasanya diselindungkan oleh penulis-penulis lain.



SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU - NASS ALINA
NOAH


Saban malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula...yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlalu terus begitu...terus dihimpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah yang menjadi kesalahan hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya. Lalu kasih sayang ini bertukar benci, menjadi sakit hati....

Abang mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela dilepaskan, namun kalbuku dicengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu-satunya orang yang palingku sayang.

Abang, walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku sampai bila...

Komen peribadi saya, novel ini amat menyentuh perasaan. Banyak kejutan-kejutan yang tak terduga berlaku dalam cerita ini. Waktu saya membaca novel ini, kadang-kadang saya tersenyum sendiri, adakalanya pula saya termenung dan menarik nafas dalam-dalam, ada masa saya sedih mengenangkan penderitaan seorang gadis yang terperangkap dengan 'kisah hitam' diwaktu kecilnya. Berbagai-bagai perasaan saya alami semasa membaca novel ini. Watak heronya iaitu Addam benar-benar membuatkan saya 'jatuh cinta' kepada heronya itu.



RINDU YANG MEMBARA - NASS ALINA NOAH

Apakah ada bahagia setelah diperkosa, didera dan dihina?. Ah, peritnya untuk bangkit menjadi manusia berhemah apabila sejarah hitam tidak henti-henti mengajar untuk menjadi pendendam yang tidak berperasaan dan membunuh lelaki yang menghancurkan hidupnya, satu demi satu.

Namun kehadiran Ku Muzammil persis Prince Charming yang datang mengubah hidup malang Cinderellanya. Cinta putera raja itu membuatkan Erin Natasya sering tenggelam di lautan asmara yang bergelora hebat. Semalam rindu semakin sayang dan semakin dendam itu mendesaknya untuk membenci lelaki itu. Namun, rindu gila yang cuba dipinggirkan itu tetap mekar menguntum, tidak pernah layu walaupun musim berganti.

Dalam benci ada rindu, dalam dendam ada kasih, namun lelaki tetap lelaki, setelah Ku Muzammil mempertaruhkan nyawa dan darah sebagai nilai cintanya....sanggupkah Erin membunuh kekasih yang telah berjaya menghuni kamar asmaranya demi melunaskan janji-janji semalam!.

Komen saya, novel ini sangat mendebarkan seperti novel-novel tulisan Nass Alina Noah yang lain. Penuh dengan kejutan. Perasaan dendam, cinta , dikhianati, luka dan kecewa menjadi intipati novel ini. Saya suka dengan watak hero iaitu Ku Muzammil yang romantik dan gentleman. Masih wujud lagi ke karakter lelaki sedemikian?.



MENCINTAIMU - NASS ALINA NOAH

Dahulu aku membenci dirimu separuh mati. Tetapi kini aku isterimu, yang mencintaimu sepenuh hatiku. Namun mengapa tiba-tiba kau musnahkan keindahan malam pertama kita dengan segala macam rahsia yang menyentuh rasa?. Rahsia yang menjadi prasangka yang mengelirukan!. Persoalan yang tidak kutemui jawapan. Lalu bersama rajuk ini, aku pergi meninggalkanmu untuk menuntut satu jawapan pasti.

Benji, bukan pujukanmu yang aku harapkan. Bukan pembohonganmu juga yang aku inginkan. Tetapi kenyataan dari sebuah pernikahan yang telah engkau sembunyikan. Lalu luka ini menjadi rentetan duka. Dan rasa curiga pun memenuhi ruang-ruang asmara yang cuba kita layarkan bersama. Terkilan rasa, asmara kita seringnya bermula tanpa ada akhirnya. Api asmara yang sering aku nyalakan bersama bara dendam....terpadam bila keikhlasanku kau persoalkan. Lalu kenikmatan malam pertama menjadi mimpi ngeri yang menyakitkan. Dan sayangnya ...ia terus kekal begitu tanpa kau berusaha untuk menyelamatkannya.

Benji, selagi rahsia ini tidak tersingkap dengan nyata, pembohongan bagaikan menjerat perkahwinan kita. Sampai bila harusku bongkar segala rahsia yang menghuni hatimu, sedang aku kian benci menjadi isteri yang hilang status diri...

Komen saya, novel ini saya benar-benar suka. Untuk pengetahuan anda semua, inilah karya Nass Alina Noah yang pertama saya baca dan miliki. Itupun kawan saya yang mencadangkan tajuk novel ini kepada saya. Selepas membaca karya penulis ini, saya terus pergi ke kedai buku dan mendapatkan novel-novel karya beliau yang lain. Novel 'Mencintaimu' benar-benar membuat saya mencintai dan merindui karya-karya beliau yang seterusnya.



ASMARA YANG PERTAMA - NASS ALINA NOAH

Aku rindukan asmara kita yang hanya satu malam itu. Biarpun diluar kerelaan...namun bukan satu paksaan bila aku menyerahkan segala yang kumiliki untuk kau terokai. Antara rela dan terpaksa....antara malu dan keliru, aku buka ruang-ruang intim antara kita. Keasyikan yang aku rasakan....keindahan yang engkau ciptakan..membibitkan bisikan-bisikan yang sukar untuk kau dan aku jelaskan. Malam yang telah berjaya membuktikan bahawa aku masih seorang perawan.

Malam pertama yang cukup membahagiakan...mengasyikkan. Walau hanya lapan belas jam, lapan minit dan lima saat asmara kita yang pertama bermula...

Komen saya, seperti biasa, karya Nass Alina Noah penuh dengan kejutan. Ada 'thrill' bila anda membaca tulisan penulis ini. Seolah kita sedang membaca novel karya penulis barat. Tidak stereotype. Penulis berani melepasi sempadan penulis-penulis malaysia yang lain. Banyak adegan-adegan yang menggetarkan dan mendebarkan di dalam novel ini.



MAWAR - NASS ALINA NOAH


Mawar dilanda dilema. Sikap ibu dan kakak tiri sering menyusahkannya. Dalam pada itu, terpaksa pula Mawar menerima perkahwinan yang telah dirancang oleh arwah abahnya dan Datin Maznah. Dia tidak dapat menerima status sebagai seorang isteri kerana usianya masih muda.

Dia punya cita-cita yang tinggi menggunung dan baginya status sebagai seorang isteri akan menjadi tembok penghalang untuk mengejar cita-cita. Lantaran itu, perkahwinan Mawar dan Johari hanya pada nama.

Johari, anak yang taat pada permintaan ibunya. Dia berazam untuk mencintai isterinya dan memberi peluang kepada Mawar mengejar cita-citanya. Namun, dapatkah Johari menawan hati Mawar dan mematuhi pelbagai syarat yang dikenakan oleh Mawar?.



AKU MENYAYANGIMU - NASS ALINA NOAH



Kita sama-sama mengutus kasih....menitip cinta di dada warkah yang menjadi saksi permainan ini. Dikelirukan oleh perasaan, diusik rasa yang maha dalam....kita terus leka dengan segala macam keasyikan dan angan-angan. Kau di sana lena dalam dakapan asmara, sedang aku di sini leka dibuai bayu cinta. Lalu bait-bait kasih yang sama-sama kita aturkan, akhirnya satu satu bercantum menjadi warna-warna asmara, yang mengalir dalam sedar...menyusup dalam debar, mendatar, beralun tenang lalu menuju ke muara perkasihan.



DAN....GERHANALAH SEJUTA CINTA - NASS ALINA NOAH


Seumur hidupnya dia terpasung dalam belenggu dendam. Sejuta ksih dan kesempurnaan yang diimpikan kontang dek kemarau panjang. Merebut cinta suami adik serahim dengannya adalah tujuan hidupnya. Bagi Haikal, jenazah cinta Atia yang telah diusung itu tersemadi dalam hatinya buat selama-lamanya. Apakah sumpah dan janji yang telah dimeterai oleh Haikal sehingga sanggup menjadi suami pada Atikah dan mengorbankan cinta agungnya terhadap Atia?.

Atirah tidak akan gentar, dia tidak akan menangis kerana sebuah asmara nan palsu itu. Terleraikah dendam Atirah dek pengorbanan adiknya yang tidak pernah diketahui?. Tidak!. Gerhana cinta ini tidak akan berakhir selagi musim tidak berganti!. Itu sumpah Atikah. Benarkah Haikal lelaki dayus yang akan membiarkan cintanya terkorban dengan sia-sia?. Pun jauh di sudut hatinya, terdetik harapan suatu masa nanti, ada hari yang indah....

Komen saya, banyak terdapat konflik dan dendam yang terpendam lama. Banyak aksi-aksi yang mendebarkan di dalam cerita ini. Boleh jadi sesak nafas saya ketika membaca novel ini. Ada ketikanya saya cuba menyabarkan diri dengan kerenah watak-watak jahatnya. Sebab itulah saya gemar membaca novel karya Nass Alina Noah. Penulis ini berani mempersembahkan tema yang jarang ditulis oleh penulis lain. Persoalan cinta dan kasih sayang memang tidak lari dari menjadi intipati ramuan di dalam novel ini.



MEMBACA SATU BUKU YANG BERMANFAAT ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMBACA DUA BUKU.



48 comments:

  1. Salam..
    Sebenarnya memang seronok membaca novel-novel cinta kerana cinta dan sayang itu lumrah hidup, suatu sifat semulajadi yang lahir dalam setiap diri manusia.Lebih-lebih lagi kalau pembaca yang membaca novel-novel bertemakan sayang dan cinta mengalamai saat-saat percintaan yang manis.
    Cinta dan sayang tidak mengenal usia.Tidak mengenal status dan pangkat manusia.Cinta dan sayang yang tulus akan lahir dari lubuk hati yang ikhlas kerana menyayangi seseorang.Saya pun mengalami keadaan yang sama apabila menyayangi seseorang, seseorang yang cukup istimewa yang rasa kasih sayang itu datang dengan sendiri tanpa dipaksa.Cuma kadang-kadang begitu susah kita hendak menyakinkan orang yang betapa kita menyayanginya.
    Namun rasa sayang dan cinta kita pada tuan punya dunia dan seluruh makhlukNya adalah cinta sejati.Tetapi tidak bermakna suatu kesalahan menyayangi dan mencintai sesama manusia.TK

    ReplyDelete
  2. Salam ..BMW318i

    Benar kata-kata anda itu. Cinta itu sukar ditafsirkan, diukur dan didefinasikan. Cinta itu lebih bersifat abstrak dan subjektif. Cinta memang sukar untuk diukur tetapi orang yang sedang mengalaminya boleh merasakan betapa dalam cintanya kepada si dia itu. Tentu sahaja cinta kepada Khalik merupakan cinta yang teragung dan tiada duanya.

    Cinta yang baik menjadikan kita gembira, positif, berkeyakinan dan berjaya. Cinta ini dinamakan 'Cinta Booster'. Segala cas-cas positif akan dialirkan ke atas diri orang-orang yang mengalami cinta yang seperti ini. Cinta seperti ini biasanya akan membuat seseorang itu berjaya dalam kehidupan mereka.

    Cinta nafsu banyak padahnya. Sifat cinta yang seperti ini, biasanya tidak akan kekal lama. Oleh itu nasihat saya, cintalah seseorang itu kerana Allah s.w.t. Jangan kita cintakan seseorang itu hanya kerana kecantikan, pangkat dan harta. Takut-takut nanti apabila pudar kecantikan, hilang harta dan pangkat, begitu juga pudar dan hilang rasa cinta kita kepada seseorang itu.

    Kata penyair sufi Rumi : "Pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya. Tetapi mereka sudah bersama sejak azali lagi."

    Sekian..

    ReplyDelete
  3. Salam dan terima kasih.
    Saya amat bersetuju dengan mina.Cinta itu adalah 'booster'.Ini kerana saya sendiri mengalami keadaan itu.Saya memang mendapat satu 'booster' apabila saya mencintai dan menyayangi seorang insan ini.Cas-cas positif telah mengalirkan semangat baru pada saya.Bagi saya insan ini sangat istimewa.Suatu ketika apabila 'booster' ini cuba untuk mengelak diri dari saya, saya rasa semangat saya seperti hilang, badan jadi lemah.Mungkin ini berlaku kerana rasa sayang saya pada 'booster' itu adalah rasa sayang ikhlas.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."(HAMKA dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick.)

    "Lemparkan seseorang yang berbahagia dalam cinta ke dalam laut, dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Namun letakkan seseorang yang menderita dalam cinta ke dalam gudang roti, dia akan mati kelaparan"
    (Peribahasa Arab)

    ReplyDelete
  5. Salam Orkid
    Apa khabar?. Akak rasa umur Orkid ni sebaya dengan umur anak gadis akak iaitu 15 tahun. Ermmm...tinggal 1 hari saja untuk menghabiskan kertas PMR. Akak doakan semoga Orkid berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.
    Untuk menjawab soalan Orkid tentang cara untuk menyewa buku, Orkid bolehlah hubungi nombor ini 017-7157665.
    Terima kasih kerana sudi melayari blog 'Jom Sewa Buku'

    ReplyDelete
  6. care nk sewa ni melalui pos ke?

    ReplyDelete
  7. Salam Kemetotttt,

    Kalau anda tinggal di area JB, urusan sewa menyewa lagi mudah. Apa-apa pun sila sms saya di nombor berikut 017-7157665. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. boleh x akak senaraikan novel karya nass alina noah yang ada pada akak untuk disewa...

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Baiklah di sini saya senaraikan buku karya Nass Alina Noah yang ada di dalam simpanan saya :
    1. Rindu Yang Membara 2. Mencintaimu 3. Mawar 4. Aku Menyayangimu 5. Takkan Berhenti Mencintaimu 6. Selamat Pengantin Baru 7. Asmara Yang Pertama 8. Dan..Gerhanalah Sejuta Cinta.

    ReplyDelete
  10. salam kak mina..
    sy farrah..dulu penah chat ngn kak mina kat chatbox..hehe..peminat nass alina noah...

    just nak share..sy baru pas abis baca 'takkan berhenti mencintaimu'..
    adoii kak....mmg sy suke sgt2 la gaya penulisan dia..setakat ni dah baca 'asmara yg pertama'(terus jatuh cinta ngn penulis)
    dan 'takkan berhenti mencintaimu'..

    kalau sy duk jb leh jugak la sy sewa koleksi kak mina...huhuhu

    ok skrg sy dah jumpe penjual 2nd hand novel 'selamat pengantin baru isteriku'..mesti best kan akak..

    ok kak mina..
    sy pun nak kumpul koleksi mcm kak mina..hehe
    enjoy ur reading~

    ReplyDelete
  11. Salam Farrah,

    Akak pun suka dengan cara penulisan Nass Alina Noah ni. Nampak berani dan berterus terang. Lain dari yang lain. Apabila membaca karya beliau, mata ingin terus menatap dan minda terus meneka apa kesudahan kisah novel tersebut. Semoga kita boleh berkongsi cerita tentang karya-karya penulis prolifik ini dimasa akan datang. Terima kasih Farrah.

    ReplyDelete
  12. saya pun minat dengan hasil tulisan beliau cuma satu je yg kurang, banyak buku2nya selalu tak 'happy ending' ataupun tergantung pengakhiran ceritanya.

    Walaubagaimanapun belian tetap salah seorang penulis yang saya minati.

    ReplyDelete
  13. saya dok kat area ampang selangor...bley ke klo saya nak sewa???

    ReplyDelete
  14. buku nass alina noah tjuk romeo vs
    juliet ada sambungan lagi kew???

    ReplyDelete
  15. Salam Norhazlina,

    Betul tu, Nass Alina Noah adalah seorang penulis yang prolifik. Apabila membaca karya beliau, hati akan berasa berdebar-debar kerana memikirkan bagaimana akhirnya sesebuah plot itu. Adakalanya pengakhiran ceritanya tergantung dan sebagai pembaca setia karya beliau, saya menunggu sambungan novel beliau seterusnya, namun saya rasa amat kecewa kerana masih tiada sambungan cerita itu. Contohnya seperti novel bertajuk 'Mencintaimu'.

    ReplyDelete
  16. Salam kepada yang bertanya,

    Saya hanya menyewakan buku-buku saya kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan kediaman saya saja untuk memudahkan urusan pinjam dan pulang. Namun begitu, anda boleh menjadikan blog ini sebagai rujukan sebelum membeli buku-buku dipasaran.

    ReplyDelete
  17. Salam kepada yang bertanya,

    Buku Nass Alina Noah yang bertajuk Romeo vs Juliet tidak ada di dalam simpanan saya.

    ReplyDelete
  18. one of the best story in the novel i have read. asmara pertama... nice.

    ReplyDelete
  19. salam kak...1st, saya t'tarik dgn blog akak.Saya juga peminat nass alina.Hampir semua koleksi buku beliau saya ada. Tp stlh lihat dlm blog akak, t'dpt 3 lg koleksi yg saya x ada.sampai skang saya x jumpe nvl2 t'sbt.Kat mana akak beli nvl:
    1) mawar
    2)rindu yg m'bra
    3)dan...gerhanalah sejuta cinta
    Hope akak dpt bantu saya.:)

    ReplyDelete
  20. Salam Rosslinihanmyblog,

    Buku Salina memang ada dalam simpanan saya. Ada 2 buah buku Salina yang menjadi koleksi saya. Sebuah buku cetakan asal dan sebuah lagi cetakan edisi ringkasan. Warna kulit muka depannya 'pink'. Anda boleh cari buku itu di entri yang telah saya keluarkan ya. Terima kasih

    ReplyDelete
  21. Waalaikummussalam wbt,

    Berkenaan novel-novei tulisan Nass Alina Noah ni memang agak sukar untuk kita temui di pasaran. Sebab itu jika akak ternampak novel-novel tulisan beliau ni, akak akan terus beli walaupun harganya agak mahal. Disebabkan akak ni jenis yang suka merayap ke kedai-kedai buku, maka pencarian akak selalunya mendatangkan hasil yang baik. Buku Mawar itu akak terjumpa di sebuah kedai buku dalam keadaan yang tidak disangka-sangka pada waktu itu.Buku-buku yang lain itu rasanya terbitan Creative Enterprise. Cuba anda layari laman web syarikat penerbitan itu dan beli secara online. Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. salam..kak mina tahniah sbb dapat simpan byk bk..klu sy tinggal berdekatan tent tiap minggu sy g sewa kat akak. sy jg meminati karya nas alina sbb lain dari yg lain. sy sentiasa menuggu karya baru beliau.

    ReplyDelete
  23. err..tkde berniat ke nk jual salah satu buku nass alina noah nie?

    ReplyDelete
  24. salam kak, saya suka novel asmara yang pertama tu.akak xnak jual ka atau terbitkan balik novel tu.saya xsmpat nak beli novel tu.harap akak terbitkan balik novel tu. tima kasih

    ReplyDelete
  25. W'salam Pin Baju. Kalau anda tinggal berdekatan dengan rumah akak, pasti anda yang akan menjadi pelanggan tetap untuk menyewa novel-novel ini. Tetapi itulah, jauh sangat anda tinggal. Ramai pembaca blog ini yang meminati buku tetapi tinggal di kawasan-kawasan yang jauh. Memang agak susah hendak berurusan untuk berkongsi hobi membaca ini.

    ReplyDelete
  26. Minta berbanyak maaf lah Kemetott. Untuk pengetahuan anda Novel-novel karya Nass Alina Noah ini adalah spesies yang dilindungi sebab payah hendak jumpa jika sudah hilang atau dijual kepada sesiapa.

    ReplyDelete
  27. W'salam adik yang bertanya. Ramai juga pembaca yang menulis email dan menghantar pesanan ringkas di telefon bimbit untuk membeli karya-karya Nass Alina Noah tetapi buat masa ini akak masih tiada niat untuk menjualnya.

    ReplyDelete
  28. salam kak..
    akak, saya sangat berminat dengan karya nass alina noah. Saya teringin untuk memiliki novel yang bertajuk mencintaimu tp susah nak dapat. Saya dah cari di beberapa buah kedai tapi tidak jumpa :(..nak minta tolong akak di mana saya boleh dapatkan novel tersebut. Saya harap akak boleh reply di email saya jamaliah@utar.edu.my. Bantuan akak amat saya hargai. TQ...

    ReplyDelete
  29. sy minat gle karya2 nass alina noah..cmne nk sewa novel2 die...btw sy tggal kt damansara slgor

    ReplyDelete
  30. owh kalau boleh email kt sy prosedurnye ye email sy: akma_caq@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum adik-adik sekalian,

    Maaf kerana saya sudah tidak menyewakan buku-buku saya di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Harap Maklum.

    ReplyDelete
  32. salam , saya nak tanya yang novel siri flying kiss tu ada kesinambungan ke selepas i miss you ?????

    ReplyDelete
  33. salam,, mane nak cari buku2 nass alina noah ni ye? susah la nak cari.. x banyak sangat kat store di kuantan ni.. suka sangat hasil karangan beliau

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum..sy tgh mencari novel asmara yang pertama penulis nass alinah noah...merata tempat kedai buku sy cari tp xde..smpi sy call creative enterpise pun kata novel 2 da lame xde...cite 2 best sgt2...kat mana sy boleh dptkn novel 2..sy nk bli..

    ReplyDelete
  35. Waalaikummussalam wbt noor azmalia

    Sebenarnya novel-novel itu ada 8 jilid semuanya dan ianya dipackkan dalam satu kotak yang cantik ya. Yang anda beli itu mungkin secara single. Tetapi saya tidak menyimpan koleksi novel Nass Alina Noah yang ini kerana mungkin bacaan ini sesuai untuk para remaja.

    1- B'COZ OF YOU...
    2- er...EXCUSE ME!
    3- FLYING KISS
    4- GOODBYE DARLING...
    5- I LOVE U
    6- I MISS U
    7- MY BABY GIRL
    8- ROMEO VS JULIET

    ReplyDelete
  36. azreen shaeira,

    Kalau hendak cari buku mestilah kat kedai buku. Kalau benar anda mahukan novel-novel karya penulis ini, anda perlu berkorban wang, masa dan tenaga untuk mendapatkannnya. Kadang-kadang saya pelik membaca komen-komen sebegini. Ramai pembaca kata susah untuk mendapatkan novel-novel Nass Alina Noah tetapi ternyata dakwaan mereka salah kerana novel tulisan beliau bercambah di kedai-kedai buku POPULAR, MPH dan kedai-kedai buku besar yang lain.

    Baru-baru ini saya nampak novel-novel tulisan Nass Alina Noah diberikan diskaun 25% oleh kedai buku POPULAR dan ada 5 tajuk yang novelnya tebal-tebal belaka. Tetapi saya tidak membelinya kerana novel-novel itu sudah ada dalam simpanan saya. Kesimpulannya, anda perlu rajin dan kerap ke kedai buku untuk mengikuti perkembangan novel-novel penulis kesayangan anda dan jika mahu, anda boleh terus membuat pesanan novel-novel tersebut dari kedai buku yang berhampiran dengan rumah anda. Itulah yang saya sering lakukan supaya saya tidak ketinggalan untuk memiliki buku-buku karya penulis kesayangan saya.

    ReplyDelete
  37. Waalaikummussalam wbt iqah

    Novel Asmara Yang Pertama itu diterbitkan pada tahun 2005 oleh penerbitan Creative Enterprise Sdn Bhd. Ya..mungkin novel itu tidak diterbitkan lagi. Tetapi novel Asmara Yang Pertama sudah menjadi koleksi peribadi saya sejak dulu.

    Cadangan saya, cuba anda pergi ke MPH atau POPULAR dan cuba memesan buku itu atau jika ada Pesta Buku tahun hadapan, boleh terus ke booth CESB untuk mendapatkan buku-buku terbitan syarikat ini. Boleh juga cari di Mudah.com jika ada yang ingin menjualnya secara second hand atau dapatkan PDFnya di internit. Kesimpulannya, anda perlulah giatkan usaha hingga impian anda untuk mendapatkan novel ini tercapai. Anggaplah pencarian ini sebagai satu cabaran untuk anda.

    Begitulah yang saya lakukan untuk mendapatkan buku-buku yang ingin saya miliki. Tetapi kebanyakan buku-buku yang ingin saya miliki adalah terdiri dari kitab-kitab Arab yang telah diterjemahkan. Alhamdulillah, setakat ini usaha saya telah mendatangkan hasil.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. saya memang selalu jgk survey novel2 ni kalau ke book store. tp masa saya pergi, bukan luck saya la 2.. ada yang jumpa, tapi x banyak sangat. kalau yang jumpa pun, y saya da ada. kebanyakan nya y sama je dijual.. so, x beli la. hurm,,thanks anyway

    ReplyDelete
  40. azreen shaeira,

    Jika anda ingin mendapatkan karya penulis ini, sila rujuk syarikat penerbitan yang saya senaraikan di bawah:

    Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd

    1-Aku Menyayangimu (2004)
    2-Asmara Yang Pertama (2005)
    3-Mencintaimu (2005)

    Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

    1-Dan...Gerhanalah Sejuta Cinta (2004)
    2-Mawar (2005)

    Terbitan Tintarona Publications Sdn Bhd

    1-Rindu Yang Membara (2007)

    Terbitan Kaki Novel Enterprise

    1-Selamat Pengantin Baru Isteriku (2009)

    Terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd

    1-Takkan Berhenti Mencintaimu (2009)
    2-7 Lautan Kucari Cinta (2011)

    Ini sahaja novel-novel Nass Alina Noah yang ada dalam simpanan saya.

    ReplyDelete
  41. terima kasih banyak2 sebab sudi berkongsi.. maklumat ni sangat membantu saya..

    ReplyDelete
  42. Salam Min
    Saya juga peminat Nass Alina, mcm susah nk dpt nvl dia skrg.
    Min ada fb tak,ingin sy add as fren
    Hrp sudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT Sal

      Memang benar Sal. Ada pembaca yang mengeluh kerana novel-novel karya beliau sangat susah untuk didapati. Sekarang ini saya juga tidak nampak jika ada novel-novel beliau yang terpapar di kedai-kedai buku. Entahlah mengapa.

      Oh ya, tentang facebook saya, sebenarnya buat masa ini saya sedang 'beruzlah' dari dunia facebook. Masa saya tidak cukup banyak untuk mengelola 2 medium ini. Cukuplah jika saya konsisten dalam meng'update' medium blog kerana saya tidak mahu masa membaca saya terganggu.

      Jika ingin berkomunikasi dengan saya, Sal boleh terus menghantar email dan insyaAllah, saya akan membalasnya dengan seberapa segera. Terima kasih :)

      Delete
  43. Salam,boleh x saya nak tempah buku novel Mawar dgn akak?

    ReplyDelete
  44. Saya Amat Minati Buku - Buku Yang Telah Ditulis Oleh Akak .
    Jika Tidak Keberatan , Saya Ingin Menempah Sebuah Novel Bertajuk --> I Love You , Sambungan Novel Bertajuk --> er... Excuse Me!
    Terima Kasih

    @Peminat_Buku_Novel <3

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum. saya nak tanya, mcm mana nak dapatkan novel2 akak yg sambungan jilid flying kiss? saya baru baca sampai jilid 3. best, nak habiskan. tapi dah tak jumpa di kedai buku :(

    ReplyDelete