Wednesday, September 30, 2009

KISAH 25 NABI-NABI - TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN



Buku yang bertajuk Kisah 25 Nabi-Nabi ini mengisahkan tentang Nabi Adam a.s, Nabi Idris a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Hud a.s, Nabi Salih a.s, Nabi Ibarahim a.s, Nabi Lut a.s, Nabi Ismail a.s, Nabi Ishaq a.s, Nabi Ya'qub a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Ayub a.s, Nabi Syu'aib a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Zulkifli a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Ilyas a.s, Nabi Ilyasa' a.s, Nabi Yunus a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Yahya a.s, Nabi Isa a.s, dan Nabi Muhammad s.a.w

Buku ini mengisahkan tentang sirah 25 nabi-nabi yang telah dinyatakan seperti di atas. Setiap orang muslim perlu mengetahui tentang sirah nabi-nabi kita. Buku ini ditulis mengikut turutan iaitu bermula dari kisah Nabi Adam a.s yang merupakan bapa seluruh manusia hingga ke Nabi kita yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w

Cara susunan buku ini amat menarik. Pembaca tidak akan merasa jemu untuk meneruskan pembacaan mereka. Buku ini saya beli kerana saya tertarik dengan cara penulis menggarap kisah-kisah nabi mengikut rentetan susur galur 25 nabi-nabi tersebut. Kertas yang digunakan juga menarik hati saya ditambah dengan bentuk tulisan yang sejuk mata memandang. Iyalah, hendak membaca sirah nabi ini bukan boleh dihabiskan satu hari, memandangkan buku ini mempunyai 420 muka surat. Paling cepat pun jika anda boleh membaca 100 muka surat sehari, ianya akan mengambil masa 4 hari lamanya untuk menyudahkan bacaan buku ini.

Apa-apapun kandungan isi di dalam buku ini adalah yang terpenting untuk pembaca. Orang pertama yang membaca buku ini sesudah saya membelinya ialah suami saya. Saya lihat betapa tekun beliau membaca dengan penuh kusyuknya. Sebenarnya suami saya ini sememangnya tidak gemar membaca, apatah lagi buku-buku yang tidak mempunyai gambar yang berwarna-warni. Namun lain pula dengan buku Kisah 25 Nabi-Nabi ini. Tidak saya sangka beliau boleh mengkhatamkan buku ini dengan hanya mengambil masa selama seminggu.Itu menunjukkan bahawa buku ini sangat menarik untuk dibaca dan kepada sesiapa yang ingin menunaikan umrah dan haji, buku-buku seperti ini amat bagus jika dimiliki kerana kisah nabi-nabi ini semuanya bermula di negara-negara Timur Tengah, khususnya di Semenanjung Tanah Arab seperti di Mekah dan Madinah. Wallahualam


MEMBACA SATU BUKU YANG BERMANFAAT ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMBACA DUA BUKU.

10 comments:

  1. saya baru dapat buku tu hadiah dari isteri. malam tadi baru habis nabi adam. masa baca buku tu kejap.. "aaaa" kejap.. "ohhh..." banyak benda kita tau.

    ReplyDelete
  2. Salam AjuA,

    Bestkan buku ni. Anak-anak saya selalu menjadikan buku ini sebagai rujukan dalam membuat kerja khusus yang guru mereka berikan. Ada banyak lagi buku tentang sirah nabi dalam simpanan saya tetapi semuanya tebal-tebal belaka dan 'hard cover'. Nanti bila saya sudah khatam membaca, saya akan paparkan entrinya ya. Thanks.

    ReplyDelete
  3. boleh tak saya tau kat mana boleh dapat buku ni, siapa publisher dia ... berminat ni

    ReplyDelete
  4. Salam Shuhaidah,

    Buku ini penerbitnya adalah Jahabersa. Sila lawat laman web Jahabersa untuk keterangan lanjut ya.

    ReplyDelete
  5. Salam cik mina, saya ingin minta pendapat cik, buku apa yg sesuai utk bakal saudara baru untuk mengetahui sedikit sebanyak asas tentang islam dengan mudah?

    ReplyDelete
  6. Waalaikummussalam Munir,

    Pada pendapat saya, untuk permulaan saya cadangkan buku bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat. Terbitan Telaga Biru. Buku ini bukan saja sesuai dibaca oleh bakal saudara baru, malah kita yang dilahirkan sebagai seorang Islam juga digalakkan membaca buku ini supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan seawal kandungan di dalam perut hinggalah sehingga kita dikuburkan kelak. Buku ini dihidangkan dengan sangat menarik hingga tidak jemu dibaca. Semoga dengan bermulanya membaca buku ini akan menjadi pemangkin untuk membaca buku-buku tentang Islam yang lain. Wallahulam.

    ReplyDelete
  7. tarikuddin ini bapak saudara saya...

    ReplyDelete
  8. Boleh puan beri pandangan untuk saya dalam memilih buku kisah nabi? adakah saya patut membeli buku Kisah Shahih Para Nabi (http://www.ilmu-islam.com/index.php/buku/sejarah-kisah/kisah-shahih-para-nabi-2-jilid-246.html) atau cukup sekadar buku yang puan nyatakan di atas? Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. http://syiahmalaysia.blogspot.com/2012/05/kepincangan-buku-tulisan-tarikuddin.html
    saya jumpa ni, kita pakat pakat semak ye. semoga ada manfaatnya utk Islam

    ReplyDelete