Wednesday, October 14, 2009

3 TOKOH BAKAL MENAKLUK DUNIA - USTAZ JAAFAR BIN SALLEH



Sebelum dunia ini dikiamatkan, Islam pasti menjadi agung semula setelah sekian lama Islam bersama penganutnya diperkecilkan oleh umat lain. Kini kita di suatu zaman dimana musuh Islam menjadikan umat Islam mangsa kerakusan dan kejahatan mereka.

Seolah-olah apa yang diberitakan kepada kita bahawa nasib umat Islam bagaikan 'telur' di hujung tanduk. Tiada pembela dan tiada siapa yang memperdulikannya. Itulah cabaran yang besar ke atas umat Islam yang menentukan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah Azawajallah.

Inilah proses yang ditempuhi oleh umat Islam untuk mengembalikan keyakinan mereka kepada Hari Kebangkitan dan adanya Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa, pasti dan janji Allah swt tidak akan biarkan Islam ini terus di robek oleh musuh-musuhnya.

Ini tidak akan terjadi sehingga Allah S.W.T datangkan kepada mereka Al Mahdi dan Isa Al-Masih. Sesungguhnya saat itu semakin hampir untuk meletakkan Islam dan umatnya gemilang dan terbilang. Untuk mengetahui bagaimana Islam ini berdaulat semula maka anda perlu memiliki dan terus membaca buku ini. Tentunya nanti anda akan tahu yang orang lain tidak tahu tentang kejayaan umat Islam yang berada di akhir zaman.

Buku 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia mengisahkan tentang Al-Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa Al-Masih. Kisah kedatangan Dajjal yang memporak-perandakan dunia dan tibanya Al-Mahdi dan Isa Al-Masih yang membawa keamanan sejagat. Buku ini berkulit keras dan tebal. Mempunyai ketebalan 359 muka surat.

Pertama kali saya melihat buku ini, di rumah anak saudara suami saya di Perlis. Kemudian saya mencatat tajuk buku, penulis dan syarikat penerbitan buku ini. Sekembalinya saya dari Perlis, terus saya menuju ke kedai buku kegemaran saya dan dapatkan buku ini. Kenapa saya teruja benar untuk mendapatkan buku ini?. Jawapannya adalah kerana saya ingin benar mengetahui akan isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini. Sebagai orang Islam kita semestinya membaca buku-buku seperti ini. Sekurang-kurangnya kita boleh mendapat sedikit pengetahuan dan mengambil iktibar dari keadaan dan kejadian disekeliling kita. Wallahualam...


KITA MAHU BERGAUL DENGAN ORANG BODOH, NAMUN KENAPA KITA ENGGAN BERGAUL DENGAN HUKAMA DENGAN MEMBACA KARYA-KARYA MEREKA?.

2 comments:

  1. Salam Mina..
    Hari ni banyak orang hanya kenal golongan artis sahaja hatta kehidupan peribadi mereka pun diambil tahu.Tetapi kita jarang nak mengenali siapakah musuh kita sebenarnya dan siapakah penyelamat kita akan datang.
    Buku ini amat menarik untuk dibaca supaya kita mampu mengenali siapakah musuh dan penyelamat kita.Mungkin kita biasa dengar saja soal imam mahdi, nabi isa dan dajjal, tetapi kita tidak mengenali siapa mereka.

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Rasanya sudah lama anda tidak memberi sebarang komen di Blog 'Jom Sewa Buku'. Ke mana gerangan menghilang?. Tentu anda disebukkan dengan rutin harian.

    Memang benar kata-kata anda itu. Zaman ini, kebanyakan orang muslim khayal dengan segala jenis hiburan hingga lupa akan hakikat yang dunia ini semakin hari semakin tua. Sama-samalah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah..Wallahualam

    ReplyDelete