Thursday, October 29, 2009

ASSALAMUALAIKUM - DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI



Buku Assalamualaikum ini bagus untuk dibaca oleh setiap orang muslim. Buku ini penuh dengan nasihat dan panduan berguna untuk kita meniti kehidupan ini. Saya dapat menghabiskan bacaan buku ini hanya dalam beberapa jam sahaja. Buku ini mengandungi 115 muka surat sahaja.

Diantara tajuk-tajuk kecil yang diperbincangkan di dalam buku ini ialah keutamaan menziarah kematian, tentang kesabaran, bagaimana kita membaca Al-Quran, jangan berputus asa, perpustakaan di dalam setiap rumah, menumbuhkan minat membaca, buku, wasiat untuk anak, rancangan televisyen yang tidak berfaedah, konsep pendidikan dan banyak tajuk-tajuk lain lagi. Buku ini mempunyai 62 Bab atau tajuk yang diperbincangkan. Kepuasan memang tergambar di hati saya, selepas saya menghabiskan bacaan buku ini. Buku ini, boleh kita jadikan ukuran dan garis panduan samaada apa yang kita lakukan di dalam kehidupan kita ini, betul ataupun salah. Buku ini ibarat teguran dan nasihat dari sesama muslim.

Cara penghujahannya tidak meleret-leret. Ringkas, padat dan meresap ke jiwa. Saya suka kupasan mengenai 'buku'. Apa-apa saja artikel mengenai buku memang saya suka. Lebih-lebih lagi kata-kata nasihat itu ditulis oleh penulis kesayangan saya iaitu Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Untuk pengetahuan pembaca semua, saya sememangnya mengumpul koleksi buku-buku karangan beliau. Saya mempunyai berpuluh tajuk buku hasil tulisan beliau yang tidak saya senaraikan di Blog Jom Sewa Buku ini. Nanti saya akan tulis ulasan berkenaan buku-buku karya beliau yang lain. Jika pembaca inginkan kepuasan membaca seperti saya, silalah dapatkan buku ini dengan segera.



SEORANG PENCINTA BUKU BERKATA:" DEMI ALLAH, AKULAH ORANG YANG PALING BERUNTUNG, KERANA AKU CINTAKAN BUKU".

6 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Apa khabar?Moga Mina dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu dan diberi kekuatan untuk terus memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.Juga dapat berdakwah melalui kupasan buku-buku yang ada dalam koleksi.
    Pada saya blog ini ada keistimewaan yang rasa saya bila membacanya.Entah mengapa di saat saya hadapi kesedihan hati saya sedikit terubat bila membaca setiap ayat daripada tulisan Mina ini.Terima kasih dan maafkan saya segalanya.

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam...

    Alhamdulillah, saya sihat Limau Kasturi. Terima kasih kerana menjadikan Blog Jom Sewa Buku ini sebagai tatapan mata dan penyejuk hati anda. Jika anda ditimpa kesedihan, nasihat saya, selalulah mengingati Allah. 'Sesungguhnya hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang'. Lagi satu, bacalah buku tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni yang bertajuk La Tahzan (Jangan Bersedih). Semoga kata-kata nasihat yang terkandung di dalam buku ini bisa mendamaikan kocakan dihati dan memberi sedikit inspirasi kepada anda dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran demi menempuh kehidupan ini. Wallahulam..

    ReplyDelete
  3. Sutera Cina Eksport Ke Jawa,
    Untuk Mengelap Si Air Mata,
    Blog Mina Pengubat Jiwa,
    Wajah Pula Penyejuk Mata.

    antu buku

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Terima kasih atas nasihat Mina tersebut.Memang tidak dinafikan dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Namun apa yang saya nyatakan sebelum ini adalah keistimewaan blog ini pada kaca mata saya kerana ia mengubat jiwa saya apabila teringatkan seseorang.TK

    ReplyDelete
  5. Salam Antu Buku..

    Raja gering baring di peraduan,
    Permaisuri nestapa kerana mengasihi,
    Blog 'Jom Sewa Buku' jadi panduan,
    Istimewa untuk pembaca yang dikasihi.

    ReplyDelete
  6. Salam Limau Kasturi..

    Limau Kasturi sihat?. Syukurlah, sekurang-kurangnya Blog ini mampu mengurangkan atau melekakan hati anda dari terus mengenang duka yang anda alami itu. Apa-apapun, kehidupan perlu diteruskan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut perasaan nanti kita jadi perasan. Renung-renungkanlah...banyak-banyakkanlah beramal..

    ReplyDelete