Friday, October 16, 2009

HIKAYAT SERIBU SATU MALAM JILID 1,2,3,4 DAN 5




Terdapat 5 buah jilid buku Hikayat Seribu Satu Malam. Sudah lama saya menginginkan 5 jilid buku ini, tetapi baru sekarang saya berhasil mendapatkannya. Sebelum ini, saya hanya membaca ulasan mengenainya di blog-blog penulis yang menulis berkenaannya. Rasa ketidakpuasan dalam membaca ulasan pendek dari blogger-blogger lain membuatkan saya nekad ke kedai buku Badan Cemerlang untuk mencari judul buku ini. Tetapi yang ada pada masa itu hanya tajuk yang sama tetapi telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Saya tidak jadi membeli pada mulanya. Setelah bertanya dengan pembantu kedai buku tersebut dan saya telah dimaklumkan bahawa buku Hikayat Seribu Satu Malam versi Bahasa melayu telah kehabisan stok dan perlu di pesan terlebih dahulu. Saya tidak menunggu lama, terus membuat pesanan dan akhirnya 2 minggu kemudian, abang baik hati yang bekerja di kedai buku tersebut menelefon dan memberitahu bahawa buku pesanan saya sudah sampai. Syukur alhamdulillah...

Kelima-lima jilid buku ini mengisahkan tentang cerita-cerita dongeng pendek dahulu-kala. Hikayat Seribu Satu Malam ini merupakan dongeng yang termasyur yang berasal dari Parsi. Buku yang popular ini telah tersebar ke seluruh Eropah dan Amerika. Buku ini menjadi bacaan yang paling masyhur kerana fantasinya yang amat kaya dan dijadikan klasik dunia yang terbesar.

Cerita di dalam buku ini di mulakan dengan kisah dua beradik keturunan raja iaitu Raja Shah Riar dan Raja Shah Zaman yang masing-masing mempunyai permaisuri yang telah berlaku curang terhadap mereka. Apabila kedua-dua Raja ini mendapati bahawa permaisuri masing-masing telah mencurangi mereka, ketika ketiadaan mereka di istana, baginda berdua mengambil keputusan untuk membunuh permaisuri masing-masing dan tidak akan mempercayai kaum wanita lagi. Selepas kejadian itu, setiap gadis yang telah dikahwininya akan dibunuh pada keesokan paginya. Oleh itu, ramailah gadis yang telah menjadi mangsa kekejaman Raja Shah Riar ini.

Pada suatu hari setelah tiada lagi gadis untuk dijadikan permaisuri Raja Shah Riar ini, maka murkalah Raja. Menteri pulang ke rumah dalam keadaan dukacita. Beliau berasa risau dan gundah kerana tiada lagi gadis yang boleh disembahkan kepada Raja. Menteri ini mempunyai dua orang anak gadis yang bijak dan rupawan. Anak gadis pertama bernama Shahar Zad dan yang kedua bernama Dunia Zad. Shahar Zad adalah seorang gadis yang bijak pandai dan terpelajar. Dia banyak membaca buku-buku Tarawikh, sejarah raja-raja dan kisah umat negeri-negeri di zaman lampau. Shahar Zad telah membaca dan menyimpan sebanyak seribu buah kitab yang berbagai jenis tajuk.

Akhirnya, demi untuk menyelamatkan kaum wanita lain dan menyelamatkan bapanya sendiri dari kemurkaan Raja Shah Riar yang merupakan Raja Negeri Samarkand itu, Shahar Zad memberanikan diri untuk menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Raja itu.

Sepanjang kandungan naskah ini bermula dari malam pertama perkahwinan Raja Shah Riar dengan Shahar Zad hingga ke malam yang seribu satu, ianya penuh dengan jalinan cerita berbingkai dan berlapis yang diceritakan oleh Shahar Zad kepada suaminya, Raja Shah Riar. Ceritanya penuh peristiwa yang mengkagumkan sehingga membuatkan Raja Shah Riar yang telah banyak membunuh dan mengorbankan beratus orang gadis setelah mengahwini mereka hanya satu malam sahaja, tidak berjaya membunuh Shahar Zad yang bijak itu, lantaran terlalu leka dan asyik mendengar pelbagai cerita dongeng yang menarik dan penuh kesinambungan. Akhirnya Shahar Zad berjaya menjadi permaisuri kesayangan Raja Shah Riar kerana kepandaiannya itu.



AKAL ANDA MENJADI HEBAT DENGAN MEMBACA DAN KEBODOHAN PUN AKAN MENJADI SIFAR.

34 comments:

  1. sy xpnh jmpe buku nie kt kedai . dlm bahasa melayu plk tu . di mne bole saya dptkn buku ni .? saya dri kl . tq .
    mimi .

    ReplyDelete
  2. Salam Mimi

    Terima kasih kerana melayari Blog 'Jom Sewa Buku'. Buku Hikayat Seribu Satu Malam ini memang sukar untuk dicari di kedai-kedai buku biasa. Tidak silap saya di Kedai Buku Badan Cemerlang, masih ada stok buku ini lagi. Semasa saya membuat pesanan buku ini, abang pembantu kedai buku tersebut telah memesan lebih jilid-jilid buku ini. Rugilah jika kita tidak membacanya kerana buku ini telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa dunia seperti di Eropah, Amerika, Perancis dan lain-lain. Penerbit buku ini adalah Pustaka Antara Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. ada orang jual tak buku ni, nak buat koleksi peribadi...

    ReplyDelete
  4. Salam Qistina,

    Saya beli buku ini di kedai buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru. Ramai pengunjung Blog Jom Sewa Buku ini bertanya di mana saya dapatkan buku koleksi Hikayat Seribu Seribu Satu Malam ini. Nampaknya buku ini sukar untuk dicari. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. siti zubaidah abdul malikNovember 14, 2010 at 8:42 PM

    salam kak,

    Saya nk sewa buku ni dr akak, tp akak jauh sgt kat johor, saya ada jmp buku ni di Pustaka Mukmin, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL. RM110 utk satu set. tp diorg balut buku ni dgn plastik jd saya xdpt buka untuk tgk bentuk tulisan dia. Kalo tulisannya terlalu kecil atau rapat2 saya akan pening kepala, Jd boleh x kalo akak terangkan format tulisannya @ kalo boleh scan beberapa m/s utk tatapan ramai. Saya jg terjumpa judul yg sama di Kompleks PKNS Shah Alam dimana terdapat 4 buah buku dalam 1 set. semua buku tersebut berkulit keras berwarna - warni dan bersaiz 7x10 inch, jg dibalut dgn plastik maka xdpt dilihat isi didlmnya, berharga RM390. Sekarang saya sedang menimbang utk membeli yg mana 1. harap2 akak boleh bantu saya memilih (^0^)

    ReplyDelete
  6. Waalaikummusalam Siti Zubaidah Abdul Malik,

    Nasihat akak, lebih baik Siti minta kebenaran daripada penjual buku itu untuk melihat-lihat isi kandungan buku tersebut. Setahu akak, biasanya kedai-kedai buku sangat 'mesra pelanggan'. Apatah lagi buku-buku yang pelanggan ingin beli itu berharga ratusan ringgi.

    Jika tidak silap akak set yang mengandungi 4 buah buku itu versi cetakan Indonesia. Kerana di kedai buku yang menjual buku ini ada terdapat versi seperti yang telah Siti gambarkan itu. Namun begitu, akak mencadangkan agar Siti melihat dan meninjau dulu buku-buku tersebut. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan ya jika pelanggan ingin membuka bungkusan sesebuah buku tetapi sudah tentunya dengan izin pihak kedai buku itu. Semoga berjaya. Jangan takut tau.

    ReplyDelete
  7. buku y akak bli ni harga berape...skrg ad lg x kt pasaran...

    ReplyDelete
  8. Sejilid buku ini berharga RM 36 dan kesemuanya ada 5 jilid. Buku yang saya miliki ini terbitan Pustaka Antara Sdn Bhd. Isi buku ini terjemahan Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  9. 5 jidil? bukan semua nya ada 11 jidil ke? sebab kite ada 9, 3 dah hilang..

    ReplyDelete
  10. Anonymous, mungkin itu keluaran dari syarikat penerbitan lain atau penerbitan yang sama tetapi cetakan lama. Wallahulam.

    ReplyDelete
  11. silap 12 jidil.. mungkin kot, lg pun buku tu tahun 70-80an.. dah lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli buku ini pada tahun 2000an. Mungkin ini edisi terbaru. Wallahualam :)

      Delete
  12. masa saya kecik2 dlm umur lingkungan 10-12tahun dulu ada pergi kat kedai jualan buku2 lelong.bukan 5 buku rasanya..berpuluh2 buku tentang hikayat seribu satu malam ni.ada yg ada stok dan ada yang tak ada stok...jadi saya beli yg mana ada je la...tp disbbkan kan banjir..kesemua buku2 itu telah musnah...cerita dia memang superb...rugi kalau tak membacanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum WBT

      Hikayat Seribu Satu Malam mengandungi seribu satu cerita di dalamnya. Mungkin cetakan terdahulu menerbitkan tajuk-tajuk kecil secara berasingan untuk memudahkan orang untuk membaca.

      Lagi pula mungkin juga kerana faktor harga pada masa itu, maka tajuk-tajuk itu diceraikan supaya orang ramai boleh membeli buku-buku yang mengandungi tajuk yang mereka minati sahaja.

      Alhamdulillah, saya dapat memiliki edisi lengkap buku ini dengan mengandungi keseluruhan tajuk-tajuknya. Terima kasih :)

      Delete
    2. terbitan pertama tahun 1965 Pustaka Antara ada 12 jilid.. setiap jilid x sampai 200 m/s. koleksi yang kakak ada ni lengkap ke? ada x ia menceritakan nasib akhir syahar zad?

      Delete
  13. boleh tolong senarai cerita-cerita dalam buku Hikayat Seribu Satu Malam ni. nak tau same tak dengan buku yang dalam simpanan saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tidak dapat untuk saya menunaikan permintaan anda itu kerana tajuk-tajuk kecilnya terlalu banyak. Minta maaf ya.

      Delete
  14. Salam,

    Saya pernah baca Hikayat Seribu Satu Malam di perpustakaan sekolah saya...kira-kira 20 tahun lalu, ada banyak jilid (volume)..saya memang seronok membacanya walaupun buku-buku tersebut dah lusuh (mungkin dari tahun 60an).

    Cerita yang saya agak ingat (mungkin cerita kegemaran) adalah kisah dua sahabat Abu Kair dan Abu Sair, seorang baik dan jujur dan seorang lagi berhati busuk. Dalam pengembaraan hidup mereka, Abu Sair selalu ambil kesempatan atas kebaikan Abu Kair, selalu aniaya kawannya (sampai sanggup cuba bunuh tak silap saya) tapi Abu Kair selalu memaafkan sahabatnya tu...banyak kisahnya tapi akhirnya Abu Sair menemui ajal sebab tamak/busuk hati...tapi Abu Kair tetap meratapi kematian sahabatnya.

    Sekadar berkongsi...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      Saya seronok membaca pengalaman anda semasa membaca buku ini. Ya, memang tepat sekali, kisah-kisah yang terdapat di dalam buku ini sangat menghiburkan kerana ianya merupakan rangkaian cerita pendek yang berkesinambungan yang telah disampaikan oleh watak utama yang merupakan seorang wanita yang sangat bijak. Banyak kebaikan yang boleh kita petik setelah membacanya. Wallahualam :)

      Delete
  15. Salam kak.. Saya dari Kuantan, Pahang... Nk tnya buku ni ada jual dkat Popular or mana2 kedai buku dkat kuantan ni??... Harap kak bole tolong.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      Rasanya buku ini tiada di kedai buku Popular atau MPH tetapi anda boleh membuat pesanan bagi mendapatkan siri buku-buku ini dengan memberikan tajuk buku dan syarikat penerbitannya. InsyaAllah, petugas kedai buku akan membantu anda.

      Delete
  16. Salam..kak..sy mmg dh lama cr buku ni. nk tny..skrg ni still boleh dptkn jilid dia ke x ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      Siri buku ini masih terdapat di kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru. Minggu lepas akak telah singgah di kedai buku ini dan alhamdulillah jilid-jilid buku ini masih tersusun indah di rak buku.

      Delete
  17. Salam kak.. akak tak ade buat delivery ke kalau ade orang nak mintak tolong akak belikan? saya di kuantan ni mmg da puas da cri tp xjmpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      InsyaAllah boleh jika anda benar-benar berminat ingin memiliki buku ini. Sila berhubung di email ini, minyahya73@yahoo.com

      Sila tinggalkan nama,alamat dan no telefon.

      Delete
  18. Assalamualaikum..buku ni saya baca masa poteng kelas dan menyorok kat library 8 tahun lepas...sempat baca jilid pertama jer..mmg mengidam nak baca sampai abs..saya mmg berminat nak dptkn buku ni..masih ade stok ke??? akak boleh wat delivery ke

    ReplyDelete
  19. Salam,

    1001 malam itu diterjemahkan dari bahasa Arab ke English oleh siapa?

    Naskahnya naskah mana. Apakah dari naskah Syiria, bukan?

    Di sini, Indonesia, ada beberapa terjemahan.

    ReplyDelete
  20. Jual Buku Hikayat 1001 Malam 1 set/Jilid 1 sd 4
    Harga normal Rp. 625.000,-
    Harga diskon Rp. 350.000,-
    (langsung dari penerbit)
    Gratis ongkir wilayah DKI Jakarta,
    Luar DKI Jakarta sesuai tarif ekpedisi.
    Pembayaran bisa COD untuk DKI Jakarta
    Untuk cover buku dpt dilihat di www.qisthipress.com
    Keterangan lebih lanjut : Qisthi Press Jl. Melur Blok Z No 7 Duren Sawit Telp. 021 8610159 Cp. Sdr Sapto Hp.0818150579 (sms only)
    PENAWARAN BERLAKU SAMPAI STOK HABIS

    ReplyDelete
  21. Lama cari buku nie.. selain dari kedai buku.. beli secara 0nline b0leh tak??

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, sis...Saya juga telah lama ingin mendapatkan buku2 ini...Dulu allahyarham ayah saya meminjamkan buku ini dari sekolahnya , dia bekerja sebagai penyelenggara setor. Masih ingat keseronokan membaca buku ini diwaktu kecil, sehingga semasa berpuasa, tidak ingat lapar dan dahaga.

    ReplyDelete
  23. Salam,
    Sy dok Melaka.
    Smlm br sy beli kat Plaza Angsana.
    Tp versi indon hard cover.

    ReplyDelete
  24. Salam.......buku ninboleh beli trus kat pustaka antara berpusat dikompleks wilayah kuala lumpur....seketui rm36, so 5 ketui rm180.......jom serbu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbitan pertama tahun 1965 Pustaka Antara ada 12 jilid.. setiap jilid x sampai 200 m/s. koleksi yang kakak ada ni lengkap ke? ada x ia menceritakan nasib akhir syahar zad?

      Delete
  25. kak tip latif latifJune 13, 2014 at 12:13 AM

    assalamualaiku...saya pernah membaca hikayat ini dimana ia mempunyai 12 jilid sebenarnya. cara penceritaan adalah versi lama. jenis inilah yang saya cari hingga sekarang tak berjumpa, kerana yang ada skrg adalah yang telah dipermudahkan, diringkaskan, jadi tidak ada keseronokan,tidak ada keasyikan membacanya seperti yang pernah saya baca.seperti post ALENG RAHMAN,memang susah untuk didapati sekarang. sesiapa yang ada boleh lah berhubung dgn saya di fb saya KAK TIP LATIF LATIF...tkasih..

    ReplyDelete