Monday, November 2, 2009

DARI MARIO KE FLORENCE - MAHIZAN HUSSAIN



Watak mereka jauh berbeza. Ilham, lelaki kacak tuan punya kedai buku M-Bookshop, seorang perfectionist yang amat mementingkan kebersihan. Melati pula pelayan di sebuah kafe Itali, dianggap berperangai agak gila, pelik, celupar dan kasar oleh Ilham. Tambahan pula, perbuatan Melati melekatkan chewing gum di rak buku M-Bookshop amat menjengkelkan Ilham, lantas dia melarang Melati memasuki kedai bukunya lagi.

Walaubagaimanapun, takdir menentukan mereka berkawan rapat akhirnya. Ilham pula sementara itu menemukan gadis yang sempurna di matanya. Akan tetapi pemergian Melati ke Florence, Itali untuk membantu majikannya membuka sebuah lagi kafe telah menyedarkan Ilham bahawa dia sebenarnya menyayangi Melati lebih daripada seorang kawan yang pelik dan kasar. Apatah lagi setelah terbongkar sejarah hitam hidup Melati yang membuatkannya berperangai sedemikian rupa.

Lantas, Ilham tekad menjejaki Melati ke Florence bagi merungkaikan segala persoalan hati antara mereka berdua. Mampukah Melati pula melupakan segala kepahitan yang telah terjadi dan menerima Ilham bagi memulakan episod baru dalam hidupnya.

Bila membaca sinopsis di belakang novel Dari Mario Ke Florence ini, hati saya terus tertarik kerana salah satu latar tempatnya adalah di sebuah kedai buku. Tiba-tiba tergambar di minda saya filem lakonan Meg Ryan yang bertajuk You Have Got A Mail. Saya memang gemar dengan gambaran suasana di kedai buku. Saya benar-benar menghayati watak Ilham yang mempunyai kedai buku M-Bookshop.

Pada pendapat saya, novel ini amat menarik untuk dibaca. Persoalan cinta dan persahabatan memang tidak lari dari menjadi tema utama novel ini. Novel ini disusun mengikut kronologi atau urutan. Cuma ada peristiwa imbas kembali semasa Melati mengenang zaman kecilnya yang hitam.



BUKU MAMPU MENGUSIR KELELAHAN DAN MENGHILANGKAN KEPENATAN

4 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Seronok juga bila membaca sinopsis yang ditulis oleh Mina mengenai novel cinta ini.Saya jarang membaca novel cinta tetapi sebaik sahaja saya membaca sinopsis di atas dengan tiba-tiba tergambar dalam kepala saya watak-watak tersebut seperti dalam sebuah filem.Apabila saya terbaca perkataan kedai buku M-Bookshop tiba-tiba teringat saya kepada sebuah kedai buku yang pernah saya kunjungi dan bertemu dengan seseorang di sana.Nampaknya blog sewa buku ini memberikan kesan baik kepada saya untuk lebih mencintai buku dan berusaha mencari masa membacanya.Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam Limau Kasturi..

    Alhamdulillah kerana Blog 'Jom Sewa Buku' berjaya memberi sedikit inspirasi kepada anda untuk terus memupuk minat membaca. Nasihat saya, anda perlu cuba membaca novel-novel yang bertemakan 'CINTA'. Sesungguhnya cinta bisa membuat manusia tertawa dan menangis. Dengan itu, hidup kita lebih berwarna-warni. Kita juga tidak akan berasa bosan dan jemu dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. xad smbungan untuk novel ni??

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Terima kasih kerana melayari Blog 'Jom Sewa Buku'. Rasanya masih belum ada sambungan novel ini lagi. Jika saya dapat maklumat tentang sambungan novel ini, saya pasti akan war-warkan kepada peminat-peminat di sini. Harap bersabar ya.

    ReplyDelete