Saturday, November 28, 2009

HADIAH BUAT MUSLIMAH - SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD & IDA EZYANI OTHMAN


Hadiah Buat Muslimah ialah buku panduan asas fiqah wanita. Sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayammum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.

Hukum-hukum yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas daripada Al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka ibadah yang terindah iaitu ibadah yang sempurna.

Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan fardu ain untuk kaum muslimah sekeluarga, dibaca selepas solat Subuh atau Maghrib berjemaah sebagai tazkirah, digunakan sebagai modul dalam majlis Fardhu Ain dan usrah mingguan di pejabat, sekolah, surau dan masjid. Dibacakan kepada anak gadis oleh ibu dan kepada adik perempuan oleh kakak. Baca 4 muka surat sehari sebelum tidur. Buku ini juga boleh diberikan sebagai hadiah kepada anak gadis, kawan dan keluarga. Akhir sekali buku ini baik untuk dijadikan sebagai hadiah kepada pasangan yang baru berumahtangga.



Ulama, pemimpin, pujangga dan hukama pasti mati. Satu-satunya yang tinggal hanyalah buku dan kitab.

2 comments:

  1. Salam Mina...
    Memang betul buku berkaitan fiqh wanita sgt perlu dimiliki.kadang2 ramai wanita sendiri tidak tahu dan tidak perihatin hal-hal berkaitan dengan diri sendiri terutamanya dalam hal darah haid dan mandi wajib.Saya pun baca buku2 berkaitan hal-hal macam ni.Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Betul tu, sebenarnya dalam kehidupan ini kita perlu banyak membaca dan mencari ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi dalam ilmu Fiqah dan Ibadah. Sebenarnya masih banyak lagi yang kita tidak tahu. Baca ..baca.. dan bacalah...

    ReplyDelete