Wednesday, November 4, 2009

RAHSIA SUFI - SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI



Buku ini mencakup beberapa fakta penting tentang kehidupan para sufi dan orang-orang yang memilih jalan Allah untuk mncapai makrifat kepada Tuhan yang menciptanya, orang-orang yang telah dapat menilai diri sebagai hamba untuk mengabdikannya kepada Tuhan yang memilikinya, orang-orang yang telah mengenal dunia sebagai tempat ujian lalu mereka berusaha sepenuh dayanya untuk lulus di dalam tempat ujian itu, orang-orang yang telah mengenal akhirat sebagai tempat balasan yang berkekalan lalu mereka berlumba-lumba untuk mencapainya meskipun disangkak ranjau dan duri di dalam perjalanannya, orang-orang yang benar-benar mengenal syurga sebagai balasan kenikmatan dan neraka sebagai balasan kecelakaan dan segala macam pembalasan yang disediakan di dalamnya, namun semua itu tiada dipedulikannya.

Mereka telah mengenal kemuncak nikmat yang hakiki, maka itulah yang mereka kejar dan mengutamakannya. Dunia mereka bukan dunia. Akhirat mereka bukan akhirat. Yang mereka pandang ialah hakikat. Tangga mereka ialah syariat. Cita-cita mereka ialah melihat. Pada mereka itulah nikmat. Nikmat yang berupa nikmat. Nikmat yang menjelma dari hakikat. Hakikat yang dihasilkan oleh makrifat. Makrifat yang membawanya menjadi dekat. Ini bukan teka-teki yang dibuat-buat, melainkan bicara betul yang hakikat.....

Saya membaca buku Rahsia Sufi ini sebanyak 2 kali. Syekh Abdul Qadir Al-Jailani adalah terkenal dengan kesufiannya. Beliau adalah Ulama Sufi. Buku-buku hasil karangan beliau banyak saya miliki. Terdapat banyak mesej kesufian di dalam buku ini. Buku ini menerangkan kepada pembaca bagaimana persepsi seorang sufi itu dalam melihat atau menilai sesuatu perkara yang berkaitan dunia dah akhirat. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh setiap orang Islam yang ingin meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah swt.




IBN TAIMIYAH RAJIN MEMBACA DAN MENULIS SEHINGGALAH DIANUGERAHKAN GELARAN SYIEKH AL-ISLAM.

2 comments:

  1. Assalamualaikum
    Jom sewa buku sentiasa dilihat
    Lepas baca komen dibuat
    Dunia adalah jambatan ke akhirat
    Amalan mulia bekalan selamat

    Orang berilmu dinaikkan darjat
    Budaya membaca mesti ditingkat
    Usaha Mina sangatlah tepat
    Moga Allah memberi rahmat

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. W'salam

    Ermmm, tidak sangka ya, Limau Kasturi pandai berpantun. Saya ingin membeli pantun anda, ini balasannya...

    Bermusuh-musuhan amatlah lelah,
    Beristigfar itu jadikan amalan,
    Sikap mulia diredhai Allah,
    Semoga dicontohi rakan dan taulan.

    Makan nasi berlaukkan urap,
    Urap dibeli di gerai Pak Arpan,
    Sokongan anda amatlah diharap,
    Untuk galakan dimasa hadapan.

    ReplyDelete