Wednesday, December 9, 2009

BIMBINGAN UNTUK MENCAPAI TINGKAT MUKMIN - IMAM AL-GHAZALI

Buku ini merupakan terjemahan dari kitab Mau'idhatul Mu'min, sebuah dari 4 kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali yang ditulis oleh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimy. Isinya mengikut urutan yang ditulis oleh Al-Imam Al-Ghazali sendiri.

Banyak hal-hal baru yang dapat kita perolehi dari kitab ini dalam usaha meningkatkan diri mencapai darjat mukmin. Ulasannya mendalam mengungkapkan berbagai hikmat ibadah, mu'amalah dan munakahat. Disamping itu dikemukakan pula berbagai jalan untuk melatih diri dalam memperbaiki akhlak dan penyakit hati, serta usaha untuk membina akhlak yang diredhai Allah SWT .

Dengan membaca buku ini, mudah-mudahan pembaca dapat mendalamkan ilmu dan memberi petunjuk ke arah kehidupan mulia di dunia dan akhirat. InsyaAllah.



KITAB YANG MELAHIRKAN PEMAHAMAN, YANG MENENANGKAN HATI, YANG MENGHIBUR JIWA, YANG MELAPANGKAN DADA DAN MENUMBUHKAN PEMIKIRAN ADALAH LEBIH INDAH DARI ISTANA YANG MEGAH

3 comments:

  1. Salam Mina..
    Saya pun dah baca buku ni.Mudahan2 ia dapat menjadi panduan bersama supaya memperbaiki akhlak, penyakit hati dan rasa dendam serta benci membenci sesama kita.Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam Limau Kasturi,

    Ternyata buku dan kitab yang berada di dalam simpanan anda tidak kalah dengan buku dan kitab yang ada dalam simpanan saya. Syabas! saya ucapkan kepada anda kerana rajin mentelaah dan mencari ilmu. Akhir-akhir ini, saya lebih prihatin dalam menjaga masa saya. Setiap masa terlalu berharga kepada saya kerana banyak lagi buku-buku yang belum saya baca. Semoga anda juga begitu. Manfaatkanlah masa yang kita ada ini untuk melakukan sesuatu perkara yang memberi keuntungan untuk kita di dunia mahupun akhirat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. dari mana hendak dapat kan buku ini

    ReplyDelete