Thursday, January 7, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - DATO' ISMAIL KAMUS & MOHD. AZRUL AZLEN AB.HAMID


Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan Al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu. Buku ini boleh dijadikan rujukan untuk semua golongan peringkat umur, boleh dijadikan sebagai modul fardu ain untuk seisi keluarga dan dibaca setiap lepas solat Subuh, Maghrib atau sebelum tidur. Boleh dijadikan sebagai bahan fardu ain mingguan di dalam tazkirah, usrah dan halaqah. Boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengisi laman web dan blogspot. Dan akhir sekali buku ini baik untuk dijadikan sebagai hadiah.


BUKU YANG BAIK MENJADI PENYULUH HIDUP, MEMBERI SEMANGAT, MENENANGKAN JIWA DAN MENJADI INSPIRASI KEPADA SI PEMBACA.

3 comments:

  1. salam Makcik, saya pernah dengar MHI TV3 review psl buku ni...macam best. makcik beli kat mana?

    ReplyDelete
  2. Salam Syida,

    Memanglah buku ni bagus, sebab buku ini lengkap sebagai panduan untuk kita hidup dengan bersyariat. Makcik suggestkan Syida baca buku ni. Makcik beli buku ni di Kedai Buku Badan Cemerlang. Plaza Angsana. Harganya RM 55. Berkulit keras dan menggunakan kertas yang berkualiti gloss paper dan mempunyai gambar-gambar yang berwarna-warnia. Kiranya, kalau Syida baca buku ni, confirm takkan mengantuk.

    ReplyDelete
  3. utk dapatkan buku ini online lawati kedai saya www.stormreaders.net/an-najwa

    ReplyDelete