Monday, January 18, 2010

MARI BELAJAR BAHASA INGGERIS CARA MUDAH - NOR BI ABD. RAHMAN


Buku ini sesuai untuk kanak-kanak yang mahu belajar tentang asas nahu Bahasa Inggeris. Sesuai sangat untuk kanak-kanak yang bersekolah tadika dan Sekolah Rendah (1,2,3).
Cara penyampaian dan pengolahannya sangat mudah dan praktikal. Banyak terdapat ilustrasi di dalamnya.




Buku ini telah ditulis khusus untuk para pelajar serta para individu yang ingin menguasai asas-asas Bahasa Inggeris. Bahasa yang digunakan senang untuk difahami. Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1,2,3) dan Tahap 2 Sekolah Rendah (Kelas 4,5,6) digalakkan untuk mengguna buku ini. Selain dari guru, ibubapa serta penjaga yang mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris juga digalakkan untuk mengguna buku ini sebagai bahan pengajaran tambahan di rumah.




Buku ini adalah sambungan dari buku di atas (Easy English). Sesiapa yang berkeinginan untuk memantapkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka, bolehlah menggunakan buku ini.

Pendekatan langkah demi langkah yang dipaparkan di dalam buku ini dapat memberi panduan berguna dan pengalaman yang menyeronokkan kepada sesiapa saja yang berminat untuk belajar atau menguasai Bahasa Inggeris .


RUGILAH MANUSIA YANG HANYA MENGETAHUI SATU BAHASA KERANA TERDAPAT BANYAK BUKU YANG DITULIS DI DALAM BAHASA YANG BERBEZA

10 comments:

  1. salam makcik, menariknya buku-buku ni...bole buat bahan mengajar tusyen ni!

    ReplyDelete
  2. Syida,

    Memang boleh pun Syida oi. Buku ni memang dicipta khas untuk pelajar Melayu kita yang lemah dalam subjek Bahasa Inggeris. Cara pengolahannya simple,jelas, menarik dan padat. Mudah difahami oleh semua peringkat usia. Ibubapa yang ingin belajar atau ingin memantapkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris, boleh mencubanya dengan membaca dan membuat latihan di dalam buku ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Mina..
    Nampak gayanya Mina ni mahir berbahasa Inggeris.Saya kagum dengan Mina.Saya pun dah memiliki buku2 tersebut atas cadangan seseorang yang mungkin Mina pun kenal orangnya.

    ReplyDelete
  4. Salam Limau Kasturi,

    Saya ni biasa je Limau Kasturi. Pandailah sikit-sikit. Yang penting kita ada daya untuk belajar dah anjakan paradigma tu pun penting juga. Limau Kasturi pun ada buku yang sama ke?. Bagus tu, bila-bila nanti, kita boleh tukar pandangan ye.Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam makcik mina , saye nak tanye mcm mane nak sewa buku ni?

    ReplyDelete
  6. salam makcik mina,saya nie lemah dlm bahasa inggeris thn 6.dlm karangan inggeris.boleh tanya camne nak order buku ni ye...

    ReplyDelete
  7. Salam,mcmana nak dapatkan buku ini.

    ReplyDelete
  8. MANA NK DPT KAN BUKU2 INI?

    ReplyDelete
  9. Bli melalui online,mall karangkraf..senang crita.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt kepada shiedafreya, siti khadijah, Ingin Tahu dan yang bertanya. Maaf kerana terlewat menjawab pertanyaan anda semua. Buku ini adalah terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd. Buku-buku ini boleh anda dapat di kedai-kedai buku yang ada menjual buku-buku terbitan Karangkraf dan jika tajuk buku ini tiada, anda boleh terus memesannya dari kedai buku tersebut.

    Ada sebuah lagi buku terbitan Karangkraf yang ditulis oleh penulis yang sama dengan tajuk 'Intensive English'. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2011. Sangat baik untuk dijadikan koleksi dan terdapat banyak ilmu di dalamnya. Wallahulam.

    ReplyDelete