Monday, January 25, 2010

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK - HAMKA


Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck adalah karya Profesor Doktor Hamka yang memang sudah tersohor. Novel ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Zainuddin. Zainuddin berketurunan Minangkabau tetapi dibesarkan oleh keluarga Bugis. Zainuddin seorang yang miskin tetapi dia jatuh cinta kepada Hayati yang merupakan anak dari keluarga kaya.

Oleh kerana perbezaan darjat dan harta benda yang amat ketara, percintaan Zainuddin terhadap Hayati terhalang. Plot dikembangkan lagi dengan menceritakan betapa merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cinta sucinya untuk menjadikan Hayati sebagai isteri, ditolak oleh keluarga Hayati. Hayati dipaksa berkahwin dengan Aziz yang lebih berharta dan berpendidikan.

Tema cinta, kesetiaan dan pengorbanan terdapat di dalam novel ini. Meski hayati sudah berkahwin, tetapi apabila Zainuddin mengetahui yang Hayati ditimpa kesusahan, lantaran kasih dan cintanya yang tetap utuh untuk Hayati, Zainuddin sanggup berkorban tanpa ada sekelumit rasa dendam dan benci dihatinya.


Ini sebuah kisah cinta yang menyayat hati yang melibatkan dua jiwa. Yang melibatkan darjat, pangkat, harta, nafsu, cinta dan kesetiaan. Di dalam dunia hari ini, masih adakah lagi lelaki seperti Zainuddin?. Wallahulam. Cerita diakhiri dengan peristiwa yang memilukan tentang Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Siapa yang berada di kapal itu semasa tragedi yang berlaku ke atas kapal itu?. Jika mahu tahu kisah selanjutnya, sila dapatkan novel ini dengan segera.




MEMBACA KARYA DARI PENULIS YANG BAIK, MENJADIKAN AKHLAK KITA BERTAMBAH BAIK DIMASA HADAPAN

3 comments:

  1. salam..saya berminat juga nak sewa buku ini tapi macamana caranya?

    ReplyDelete
  2. Salam Ida,

    Sebenarnya saya tinggal di Johor Bahru. Jika Ida tinggal di Johor Bahru juga, InsyaAllah urusan pinjam meminjam buku boleh diuruskan. Apa-apa pun Ida boleh terus berhubung dengan saya melalui email minyahya73@yahoo.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. boleh beli on9 kt cni:
    http://www.ujanailmu.com.my/pd_tenggelamnya_kapal_van_der_wijck.cfm

    ReplyDelete