Monday, March 8, 2010

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR - DR AIDH AL-QARNI, DR MUHAMMAD BIN ABDURRAHMAN AL-URAIFI & SYAIKH MUHAMMAD HUSAIN YA'CUB


Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Namun demikian, tidak seorang pun tahu bila hari kematiannya tiba. Kematian boleh datang secara tiba-tiba. Kematian sangat misteri. Kerananya, setiap orang semestinya selalu sudah bersiap sedia. Dan sudah tentu husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, kita harus melalui jalan hidup bersyariat dengan menjalankan segala perintah dan larangan Allah SWT.

Buku ini adalah kompilasi dari tiga tulisan ulama-ulama terkemuka Nejed. Di dalamnya sarat dengan tazkirah untuk mengingat kematian. Sebagai manusia biasa, kita amat memerlukan nasihat kerana hidup di dunia yang serba mencabar ini kadang-kala melalaikan diri dari terus mengingat akan kematian. Seseungguhnya Iman dijiwa seseorang itu sentiasa ada pasang dan surutnya. Kadang-kala bertambah dan kadang-kala berkurang. Oleh itu kita perlu sokongan, ingatan dan nasihat terutama ketika tahap keimanan kita jatuh merudum. Hanya dengan mengingat kematian, kita akan berasa lebih insaf.

Apabila membaca buku ini, hati saya merasa takut dan sedih. Sepanjang umur hidup saya 37 tahun ini, rasanya sudah banyak juga dosa yang saya lakukan. Ianya membuatkan tubuh saya tiba-tiba menggeletar ketakutan. Timbul beberapa persoalan di benak saya. Bila agaknya ajal akan datang menjemput saya?. Mungkin satu saat lagi, satu minit lagi, satu jam lagi atau bila?. Saya terfikir, bagaimana cara kematian saya dan apakah saya telah bersedia untuk menghadapi kematian itu sendiri. Bagaimana keadaan bila roh dipisahkan dari badan saya?. Kawan-kawan semua, marilah kita sama-sama menyiapkan diri untuk menerima jemputan kematian, walaupun kita tidak pasti bila kematian itu akan tiba kerana sesungguhnya mati itu pasti dan hidup itu insyaAllah.

Sama-sama kita renungkan kata-kata ini:

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama di alam kubur?,

Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta kuasa,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama di alam kubur?,

Ia adalah malam pertama dengan dua wajah,
Mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam di syurga berikutnya,
Atau mungkin malam pertama bagi malam-malam di neraka selanjutnya.



BUKU TELAH MEMPERLIHATKANKU MASA LALU, MASA SEKARANG DAN MASA AKAN DATANG.


4 comments:

  1. nak tanyer kat mane ade jual buku ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Sha,

    Saya beli di kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana. Rasanya di kedai-kedai buku lain juga ada terdapat buku ini. Jika masih belum berjumpa lagi, nanti saya boleh sertakan nama penerbitnya ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. salam...
    InshaAllah saya akan mencari buku ini....baru mencari tentang tokoh Dr. Sheikh Aidh al Qarni

    trima kasih untuk info buku ini, sangat di hargai wassalam~

    ReplyDelete
  4. Salam Aziz,

    Saya sememangnya mengumpul semua buku-buku tulisan Dr Aidth Al-Qarni. Tulisan beliau penuh dengan tauldan yang patut kita jadikan iktibar dalam kita menjalani hidup yang semakin hari semakin besar cabarannya. Terima kasih.

    ReplyDelete