Thursday, May 6, 2010

CINTA SUFI - RAMLI AWANG MURSHID



Assalamualaikum buat pembaca yang saya kasihi sekalian. Sebenarnya sudah lama saya menunggu kemunculan novel Cinta Sufi karya penulis Ramli Awang Murshid ini. Semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 lalu, saya telah mencari novel ini tetapi tidak saya temui. Alhamdulillah, baru-baru ini kakitangan Kedai Buku MPH telah menelefon saya, memaklumkan yang pesanan buku saya sudah sampai, jadi saya diminta hadir untuk mengambil buku-buku pesanan saya itu. Semasa sedang meninjau-ninjau buku-buku lain, maka terpandanglah saya novel Cinta Sufi ini yang diletakkan dikedudukan paling hadapan. Itu menandakan buku ini baru sahaja sampai di Kedai Buku MPH itu. Ermm..betapa gembiranya saya waktu itu dan tanpa membuang masa, saya cepat-cepat mengambil senaskah dan memeluknya dengan kejap di dada.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, jika anda ingin membaca novel Cinta Sufi ini, anda perlulah membaca cerita sebelumnya terlebih dahulu yang merupakan 3 buah novel yang bertajuk 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu' dan 'Hijab Sang Pencinta'. Kemudian barulah anda boleh menyambung bacaan ke novel berikutnya iaitu 'Cinta Sufi'. Cinta Sufi adalah kesinambungan dari 3 buah novel yang saya sebutkan tadi. Sila lihat gambar novel-novel itu yang telah saya paparkan di atas.

Novel-novel ini mengisahkan tentang watak hero pujaan hati saya ( saya rasa semua wanita mencintai watak Saifudin @ Laksaman Sunan). Pengembaraan Saifudin dalam membenteras kejahatan dan kemunafikan. Plot dikembangkan dengan pelbagai peristiwa yang dihadapi oleh Saifudin dalam menjalankan visi menegakkan kebenaran yang berteraskan iman dan takwa. Saifudin adalah seorang sufi yang begitu patuh terhadap penciptanya.

Pertarungan demi pertarungan berlaku untuk menumpaskan kuasa-kuasa jahat yang telah merosakkan manusia dan menyekutukan Allah SWT. Saifudin seorang sufi yang warak , beriman lagi bertakwa berjaya menumpaskan segala kejahatan di muka bumi dengan keizinan Allah SWT. Sikap tawakal, sabar dan tawaduk patut dijadikan contoh oleh pembaca sekalian. Saya benar-benar terkesan apabila membaca novel ini terutama sekali watak seorang sufi yang bernama Saifudin. Di entri ini saya tidak menceritakan secara terperinci tentang kejadian yang berlaku di dalam novel ini kerana saya ingin anda menghayatinya sendiri sambil berulamkan suspen dan rasa teruja. Cuma yang saya tidak berpuashati ialah, penghabisan penceritaan ini yang agak tergantung dan begitu mengecewakan kerana timbul persoalan di benak saya, kemana menghilangnya Saifudin. Matikah dia atau akan terbit sebuah novel lagi untuk menyambung kisah tergantung yang penuh tandatanya ini. Kepada pembaca yang belum memiliki novel ini, sila dapatkannya dengan segera dan kepada pembaca yang sudah membacanya sila kongsikan cetusan rasa anda di ruang komen entri ini.



MANUSIA MENULIS APA YANG BAIK KETIKA MEREKA MENDENGAR DAN MENGHAFAL APA YANG BAIK KETIKA MEREKA MENULIS.






14 comments:

  1. saya dambakan novel2 nie difilemkan sepertimana harry potter difilemkan...mmmmm

    ReplyDelete
  2. Salam Izzati,

    Tepat sekali, bila membaca siri novel ini, fikiran saya tidak terkecuali dari membayangkan filem Harry Potter. Memang baik sekali jika novel ini dapat difilemkan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. kerana karya abg ramlee lah yg myebabkan sye ska mmbca nvel2...sgt brkesan dlm hdup sya...trma ksih..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Karya Ramli Awang Murshid sememangnya hebat,prolifik, berinformasi dan penuh suspen. Sesiapa yang baru berjinak-jinak membaca karya penulisan beliau, pasti akan terjerat untuk membaca karya beliau yang seterusnya.

    ReplyDelete
  5. salam kak.min...
    myra pon ska giler dgn bku dr sek rndh smpai la skrg ni...sggup g pesta bku berkali2,srnk mnjamu mata yg mriah dgn bku..
    ~blh akak bg entri tuk nvel boneka??n list bku faisal tehrani yg akak de n sedikit entri tuk setiap bku??tq

    ReplyDelete
  6. W'salam Myra,

    InsyaAllah, nanti akak keluarkan entri buku-buku yang Myra hendak tu ya.

    ReplyDelete
  7. buku luv qulam..same laa kite...cume umur berbeza....hehe..kene panggil aunty mina atau kak mina??

    ReplyDelete
  8. Salam Mohamad Qulam Zaki,

    Adik ulat buku juga ke?. Syabas!. Boleh panggil Akak Mina saja.

    ReplyDelete
  9. yup karya Rmlee awang murshid...menarik belaka..byk info..complete dgn nilai Islamik dan manusiawi..cik Mina saya syorkan baca nukilan Abdul latip talib..sgt menarik tokoh pelajar madihah..jadikan novel nukilan Pak Latip sebagai bahan motivasi..Azzah A.R pun Ok gak terutama tajuk shamsiah fakeh..byk kebenaran terbongkar..apapun kita saya sama2 minat nukilan hasriza badul jamil...

    ReplyDelete
  10. Salam saya juga seorang pencinta buku.. banyak koleksi yang saya simpan.. mungkin kita boleh berkongsi maklumat dimasa hadapan.. aishah200821@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Wanshinodasekinchan, alhamdulillah semua buku-buku yang saudara sebutkan itu saya ada cuma belum berkesempatan untuk menulis ulasannya. InsyaAllah, akan saya usahakan untuk mengupdatekannya secepat mungkin. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  12. W'salam Aishah, alhamdulillah, sangat meriah blog Jom Baca Buku ini apabila semua pencinta-pencinta buku mula menonjolkan diri dan berkumpul di sini. Aishah boleh berhubung dengan saya melalui email atau YM. Semoga kita akan terus bersilaturrahim. Terima kasih:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saya sendiri sudah mula membaca novel melayu terutama norhayati brahim....

      Delete
    2. Waalaikumussalam WBT

      Karya-karya Norhayati Ibrahim juga sangat bagus kerana kebanyakan karya penulis ini sarat dengan informasi semasa dan terkini. Selamat membaca!

      Delete