Thursday, March 3, 2011

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU - SITI ROSMIZAH


Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.

Novel ini telah menduduki carta TOP 10 di Kedai Buku Popular. Tema kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan sangat sinonim dengan novel-novel karya Siti Rosmizah sebelum ini. Plotnya mudah dicerna dan mengikut kronologi. Permulaan cerita mengisahkan tentang penderitaan Tengku Aqilah yang dilayan seperti anak tiri oleh papa dan kakak kandungnya sendiri. Plot dikembangkan dengan pemergian Tengku Aqilah yang menyambung pelajarannya ke luar negara. Setelah selesai belajar, Tengku Aqilah pun pulang dan tinggal di rumah keluarganya. Berbagai masalah, ujian dan cabaran berlaku selepas Tengku Aqilah menerima tawaran dari kakaknya iaitu Tengku Natasha untuk bekerja dalam syarikat milik keluarganya.

Novel ini sangat sesuai dibaca kepada sesiapa yang meminati kisah-kisah cinta romantis. Banyak terdapat dialog dan ragam lucu yang membuatkan pembaca tersenyum dan ketawa geli hati. Walaupun adegan sedih banyak terdapat di dalam novel ini, namun jalan ceritanya diseimbangkan dengan aksi-aksi lawak jenaka yang membuatkan pembaca tidak sempat untuk melayani perasaan sedih mereka. Novel ini sesuai untuk pembaca yang ingin merehatkan minda mereka dari membaca bahan-bahan ilmiah. Selain ianya menghiburkan, terdapat juga nilai-nilai murni yang boleh kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.



BUKU YANG DIKATAKAN BAIK IALAH APABILA DIBUKA DENGAN PENGHARAPAN DAN DITUTUP DENGAN FAEDAH

57 comments:

  1. buku nie xleyh sewa kew

    ReplyDelete
  2. novel neh memang best..mengalir je air mata..hehehhe..

    ReplyDelete
  3. saya nak sewa buku ni.saya pun kat jb jugak..camna ek caranya?

    ReplyDelete
  4. sy baru beli , tak baca lagi . hopely SITI ROSMIZAH punya garapan menarek seperti ANDAI ITU TAKDIRNYA .

    ReplyDelete
  5. sakit kepala ni..asyik menangis je baca buku SITI ROSMIZAH ni..apa2 pun best giler buku2 beliau..semua ada koleksi saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulis bijak dalam 'memperdaya' emosi pembaca. Sebab itu anda menjadi seperti itu :)

      Delete
  6. harge yg ni brpe ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga novel ini RM 26.90 Jika anda menjadi ahli kedai buku, anda akan mendapat diskaun sebanyak 10%. Kadang-kadang di kedai buku Popular terdapat novel-novel terpilih yang diberi diskaun sebanyak 20% hingga 25%. Kena rajin ke kedai buku Popular untuk membuat semakan harga. Terima kasih.

      Delete
  7. novel nie mmg best bca skali nk bca ag

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum semua

    Minta maaf kepada adik-adik yang hendak meminjam novel ini kerana akak telah membekukan urusan peminjaman buku diatas sebab-sebab tertentu.

    Sesiapa yang berminat dengan buku ini, boleh beli di kedai-kedai buku berhampiran kerana tidak rugi menyimpan novel ini untuk dijadikan koleksi peribadi.

    Kepada sesiapa yang sudah membacanya, akak ucapkan syabas pada kalian kerana membaca itu satu aktiviti yang sihat dan jika adik-adik pandai memilih jenis bahan bacaan, insyaAllah kehidupan adik di masa akan datang akan lebih bermakna bak kata pepatah Inggeris 'You are what you read'. Bermaksud, Anda adalah apa yang anda baca dan apa yang anda baca akan mengubah hidup anda kelak.

    ReplyDelete
  9. mcm best jer .. sya hrp novel ni sebaik andai itu tkdirnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu sy ingt andai itu takdirnya dh ckup sdih, rupa2nye ade lg yg sdih....huhuhu

      Delete
  10. Jika anda minat dengan gaya penulisan Siti Rosmizah, insyaAllah anda akan menyukai novel ini juga.

    ReplyDelete
  11. memang best..sy minat penulisan siti rosmizah..
    lebih2x lagi andai itu takdirnya, dan lafazkan kalimah cintamu :)

    ReplyDelete
  12. Ya...Karya beliau memang baik dan bisa meruntun perasaan pembaca. Beraneka perasaan akan muncul ketika membaca novel tulisan beliau. Semoga beliau akan terus menghasilkan karya yang lebih bermutu pada masa hadapan. Terima kasih adik fieka di atas komen ini.

    ReplyDelete
  13. ble nk kua cter ct rosmizah y bru?xsabar asenye..huhu..sye pminat no1 beliau...mmg bisa mngeluarkn air mta dan terpahat lam aty selamanye...

    ReplyDelete
  14. Sabar dik...Tak lama lagi keluarlah tu..hehe

    ReplyDelete
  15. waaa.. 'andai itu takdirnya' terbaek!!

    ReplyDelete
  16. nama saya Syed Aizril . hehe .. :)

    ReplyDelete
  17. salam kak. sy bc bku ni 3x ulang.. 3x gak la sy mnanges.. sgt2 sedih ble seorg bapa yg ta terime ank sndri dsbkn perkara2 yg diduga ALLAH s.w.t cmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT Emma

      Sedih sangat ya :)

      Delete
  18. aq bce bku ni nanges smpai bgkk mte trutme wktu die nyanyi kt gnung 2..Wuwu sdeh gle..Klo aq jdi Aqilah aq ajk ayh ngan kakk die ikot gi oversea smentara hyat dkandong bdn..Wuwu cdeh nyer..bya pdn mke ryan..Sbb die pown da bg pemision so xbdose la kn..anybody agrees with me???

    ReplyDelete
    Replies
    1. time 2 mmang sedeyh..mngalir air mata aq...kcian dkat Aqilah..Ryan p0wn satu eg0 x abih-II....akhirnya......Happy Ending....

      Delete
  19. sebelum ni aku bukanlah peminat novel atau mpunyai minat membaca tp setelah buat pertama kalinya aku memegang buku yg bernama novel..dan buku itu bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu,aku telah jatuh cinta dgn novel..x sia2 aku pjm buku tu dr seorang kawan,kini aku mula minat membaca novel..T.kasih Siti Rosmizah di atas karya anda yg benar2 mengusik jiwa brutal ku ini

    ReplyDelete
  20. cunndaa suka hasil karya ct rosmizah.... mengajar kita semua ttg erti kehidupan, kesabaran, kesetiaan seorang isteri kps suami dan byk yg kite dapat manfaatkan...

    ReplyDelete
  21. Syahmieadham dah baca novel ni ke?

    ReplyDelete
  22. W'salam Emma emmO. Novel ni memang sedih tapi penamatnya 'happy ending'.

    ReplyDelete
  23. atie -ieqa, bila baca novel ni pelbagai perasaan yang akan timbul di hati kita. Sedih, marah dan rasa mahu balas dendam. Itu tandanya penulis telah berjaya menarik perhatian pembaca untuk menyelami kisah yang dipaparkan dalam novel ini.

    ReplyDelete
  24. Anonymous, novel-novel karya Siti Rosmizah yang lain pun tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan novel ini. Cubalah dapatkan kesemua novel karya beliau.

    ReplyDelete
  25. Memang karya2 SITI ROSMIZAH ne best n bnyak pngajaran...sya bru jer abis baca nvel terbaru beliu TAKDIR ITU MILIK AKU....mmang best la tahniah tuk siti rosmizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel terbaru Siti Rosmizah yang bertajuk 'Takdir Itu Milik Aku' sudah keluar ya?. InsyaAllah saya akan dapatkan novel terbaru ini dengan segera. Biasanya novel terbitan SR Publication ada di kedai-kedai buku Popular. Terima kasih di atas info anda.

      Delete
  26. Di antara novel terhebat yang pernah saya baca. Lucu, sedih, hiba, marah, geram semua ada. Pengarang pandai mewarnai cerita ini, rugi kalau tak baca..., saya sanggup tidur pukul 2.00 pagi semata-mata nak hak menghabiskan bacaan novel ini. syabas untuk Siti Rosmizah, saya juga ada beberapa koleksi novel beliau...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju dengan komen anda itu. Penulis bijak mempermainkan perasaan pembaca. Kadang-kadang saya rasa seperti diri saya adalah watak utama di dalam novel rekaan beliau. Sehinggakan membuat saya rasa takut untuk membaca novel terbaru penulis ini kerana saya bimbang jika saya akan hanyut dek dibuai perasaan yang bercamput baur itu.

      Delete
  27. novel yg paling saya suka...ada lucu ada sedih....semua karya dy saya suka...seperti andai itu takdirnya,cinta kau dan aq,7 hari mecintaiku....xp yg paling mnarik hati saya adalah lafazkan kalimah cintamu

    ReplyDelete
  28. novel nie mcm mnjatuh kn maruah llki je..
    sume nye perempuan 2 yg mnang n watak llki 2 mcm org bodoh dlm novel 2..prempuan suke lh bce novel mcm nie,tpi llki x kut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terserah pada citarasa pembaca. Ada yang suka watak yang sebegitu dan ada pula yang suka watak yang sebegini. Sejujurnya saya juga tidak sukakan watak lelaki yang penyabar tidak tentu tempat dan tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Lelaki adalah seorang pemimpin. Seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri ini. Alim dalam hal-hal berkaitan agama, mahir dalam menangani situasi dan bijak dalam membuat keputusan. Barulah isteri dan anak-anak hormat dan malu terhadap suami yang seperti ini.

      Delete
  29. buku ni kalau baca ulang2 kali pown tak akan jemu..
    jalan cerita dye menarik sangat2

    ReplyDelete
  30. akak......akak ada buat mcm kedai buku ae
    bnyak nya novel ...suka !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar-gambar buku ini di rumah saya.

      Delete
  31. baru f/time novel karya ct rosmizah sy baca, memang best x rugi lah beli, bila part sedih 2 asyik nk nangis je, sampai 5 pagi baca novel ni semata2 nk habiskan, ni lh novel yg terbaik yg pernah sy baca. Tahniah untuk pengarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika penulis novel ini membaca komen anda, pasti beliau akan tersenyum gembira :)

      Delete
  32. novel ni novel plg bes yg sy baca
    meleleh air mata kalu bc novel ni..sdeyh..
    nak bc lg novel ni...

    ReplyDelete
  33. kak bleh tak sya nak mnta akak upload sedikit petikan dripada novel nie,sdkita pun takpe.please

    ReplyDelete
  34. Tpi dlm bnyk2 nvel siti rosmizah sye rse yg pling best andai itu takdirnya...
    yg krng best pde sye adelh buku 7 ari mncintaiku...
    tpi yg laen mmng best jgk...
    Wlaupon x der koleksi tpi sye dh bce smua nukilan beliau..

    ReplyDelete