Saturday, April 30, 2011

ETIKA BELAJAR & MENGAJAR AL QURAN - IMAM AL-NAWAWI



Dalam proses mempelajari, mengajar, membaca dan menghayati al-Quran, ada beberapa adab sopan dan cara-cara tertentu yang sesuai dengan kedudukan dan martabatnya sebagai kitabullah. Adab tersebut perlu agar tilawah yang dilakukan memberi kesan dan pengaruh positif terhadap hati dan jiwa.

Semakin terpaut hati seorang hamba kepada kitabullah, dia akan menikmati kehidupan yang selesa dan penuh keberkatan. Ini kerana dekatnya si hamba kepada kitabullah merupakan penjelmaan daripada tahap tertentu daripada kesucian hatinya, yang diperolehi melalui proses mujahadah dan perjuangan melawan pelbagai pengaruh dan arus negatif yang bergejolak dengan dalam diri.

Dalam melalui kehidupan seharian, seorang muslim perlu meluangkan masanya untuk bersama kitabullah, dengan menjaga adab-adab dan etika yang diajarkan Islam semasa berinteraksi dengan wahyu Allah swt.

Rasulullah saw bersabda. ' Ingatlah, berbagai huru hara dan bencana akan berlaku dan jalan keluar dari bencana tersebut ialah kitabullah'
20 keutamaan membaca kitabullah:

1 - Di dalamnya terkandung sejarah orang terdahulu sebelum kamu.

2 - Berita sesudah kamu iaitu mengenai hari esok.

3 - Al-Quran mengandungi hukum permasalahan antara kamu.

4 - Al-Quran mengandungi huraian yang pasti jelas.

5 - Kandungannya bukan sia-sia.

6 - Sesiapa dalam kalangan orang yang angkuh meninggalkan al-Quran, nescaya Allah swt akan membinasakan dan memusnahkannya.

7 - Sesiapa yang mencari petunjuk daripada selain al-Quran, dia akan disesatkan Allah swt.

8 - Al-Quran ialah tali ( pegangan ) yang kukuh dan kuat.

9 - Al-Quran ialah peringatan yang kemas dan penuh dengan hikmah.

10 - Al-Quran ialah jalan yang lurus.

11 - Dengan hidayah al-Quran, hawa nafsu tidak akan tersesat.

12 - Dengan al-Quran, lidah tidak akan terkeliru.

13 - Para ulama tidak pernah merasa puas mengkaji al-Quran.

14 - Orang yang membaca al-Quran tidak akan pernah merasa jemu atau bosan.

15 - Keajaiban al-Quran tidak kunjung habis.

16 - Al-Quran apabila didengar oleh masyarakt jin, mereka lalu berkata ' Sesungguhnya kami mendengar al-Quran sesuatu yang aneh dan menakjubkan, membimbing ke jalan hidayah, kami lalu beriman kepadanya'.

17 - Sesiapa yang bercakap berdasarkan al-Quran, sesungguhnya dia berada dalam kebenaran.

18 - Sesiapa yang beramal berpandukan al-Quran, akan diberi pahala.

19 - Sesiapa yang berhukum dengan al-Quran, dia akan berlaku adil.

20 - Sesiapa yang mengajak orang kepada al-Quran, dia akan dibimbing ke jalan yang lurus.


Keterangan lanjut mengenainya dijelaskan dalam buku ini yang disusun oleh Imam Nawawi. Dengan membaca karya imam terkemuka ini diharapkan agar kita menikmati kekusyukan, kelazatan dan kefahaman dalam interaksi kita dengan al-Quran.

Kandungan di dalam buku kecil ini ialah terjemahan kepada ringkasan karya agung Imam Nawawi berjudul Al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran ditambah dengan beberapa artikel pilihan yang berkenaan dengan etika membaca dan menghayati kitabullah.


MANFAATKAN SEBERAPA BANYAK MASA UNTUK MENTADABBUR KITABULLAH










4 comments:

  1. MasyaAllah

    Atika dewi

    ReplyDelete
  2. Saya telah membuat perbandingan dengan kitab asal Imam an-Nawawi bahasa arab. Saya dapati penterjemah telah melakukan terjemahan yang tidak bertanggungjawab kerana telah meninggalkan pendapat para ulama' dan beberapa hadith dalam terjemahannya.

    ReplyDelete
  3. As salam,saya juga memiliki minat seperti anda membeli,mengumpul dan membaca buku..setiap tahun saya berhabis duit antara 3-4 ribu untuk membeli buku kegemaran saya...sekarang ni koleksi saya dan mencecah lebih 1000 buah terutama buku dan kitab-kitab agama...apa yang perlu kita faham ialah MEMBACA ADALAH SATU KEPERLUAN,BUKANNYA HOBI...(dipetik dari buku Spiritual reading tulisan Dr raghib as Sirjani) kalau kita ingin menjadi umat yang maju kita mesti praktikkan budaya iqra'..kerana Mosye Dayan iaitu salah seorang jeneral perang yahudi pernah menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan umat islam kerana mereka umat yang malas membaca,...(wallahu a'lam)

    ReplyDelete