Saturday, January 19, 2013

A THOUSAND SPLENDID SUNS - KHALED HOSSEINI



A Thousand Splendid Suns, Seribu Matahari Syurga adalah kisah yang mengkagumkan. Berlatarbelakang keadaan tidak menentu di Afghanistan dalam tempoh 30 tahun terakhir. Keadaan tidak aman yang bermula daripada pencerobohan Soviet sehinggalah pemerintahan Taliban dan pembangunan semula selepas Taliban.

A Thousand Splendid Suns memaparkan sejarah tiga dekad Afghanistan yang begitu mengagumkan yang mengenengahkan tema keluarga dan persahabatan yang begitu menyentuh perasaan. Kisah menyayat hati Mariam, seorang anak haram yang berjuang untuk terus hidup setelah dikahwinkan dengan lelaki yang tidak dikenali oleh bapanya sendiri tanpa kerelaannya. Mariam hidup menderita setelah berkahwin dengan lelaki yang menjalankan perniagaan membuat kasut itu.

Kisah Laila pula, iaitu korban peperangan yang menjadi mangsa keadaan. Zaman kanak-kanaknya yang indah ranap dengan tibanya peperangan. Perang telah meragut  nyawa kedua-dua abang yang menjadi kesayangan ibunya. Setelah kematian abang-abangnya itu, ibunya mulai berubah sikap serta menyalahkan ayahnya akan apa yang telah berlaku. Ayahnya yang penyabar telah banyak beralah dan perkara ini sangat mendukacitakan Laila.

Malang tidak berbau, akhirnya ibu dan ayah Laila maut terkena letupan bom yang dilancarkan secara rambang. Laila hidup setelah diselamatkan oleh Mariam dan suaminya. Namun begitu, suami Mariam yang durjana tidak menolong Laila secara percuma kerana dia ingin memiliki Laila sebagai isterinya. Laila tiada pilihan untuk menolak kerana dia menyimpan rahsia disebalik penerimaan lamaran itu. Dengan penerimaan itu, Mariam berasa kecewa dan marah. Dia sangat memusuhi Laila namun dia tidak berdaya untuk menghalang niat jahat suaminya yang rakus dan bernafsu binatang itu.  

Bagaimana agaknya pengakhiran kisah ketabahan dua wanita yang seringkali menjadi mangsa kekejaman lelaki yang bernama Rasheed ini?. Mampukah mereka bertahan untuk meneruskan kehidupan mereka?. Siapa yang bakal menjadi penolong untuk mengeluarkan mereka dari rumah kepunyaan Rasheed itu?. Di saat mereka berasa putus asa dalam kehampaan dan harapan yang kian malap, seribu matahari pun muncul menyinari kehidupan mereka. Dapatkan buku ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.



MULAI SEKARANG, JADIKANLAH BUKU SEBAGAI SAHABATMU DAN TINGGALKAN DARI BERCAMPUR DENGAN ORANG YANG SUKA MENGADU DOMBA DAN SALING MENYEBAR FITNAH.




3 comments:

  1. macam mana kalau saya nak sewa buku ni?

    ReplyDelete
  2. Ya..sy pun berminat utk meminjam buku ini

    ReplyDelete
  3. This is a very good read.. Saya suka karya kedua ini jika dibandingkan dgn Kite Runner :)

    ReplyDelete