Sunday, January 6, 2013

INGIN MENJADI PENULIS? - A.UBAIDILLAH ALIAS



Membaca dan menulis merupakan salah satu tuntutan Islam yang perlu diambil perhatian oleh setiap Muslim. Membaca merupakan wasilah terpenting dalam menimba ilmu manakala menulis pula adalah wasilah bagi menyampaikan serta mengembangkan ilmu kepada masyarakat. Penulisan bukan suatu perkara yang boleh didengar dan diajar semata-mata. Ia adalah kemahiran yang perlu dilatih dan dibuat berkali-kali.

Kepentingan Menjadi Penulis:

- Kewajipan menyampaikan ilmu. Wasilah atau wadah penyampaian ilmu yang paling dominan pada zaman celik huruf yang memungkinkan ilmu sampai kepada semua lapisan masyarakat. Penulisan yang baik akan menjadi jariah buat penulisnya jika ilmu itu dimanfaatkan oleh pembaca.

- Kewajipan berdakwah dan mendidik masyarakat. Penulisan boleh memberi pengaruh yang amat besar kepada masyarakat dan mampu menguasai pemikiran pembaca.

- Kewajipan berjihad menentang musuh Islam dan mempertahankan Islam. Serangan pemikiran oleh musuh melalui internit wajib ditangkis. Pada zaman globalisasi, musuh menggunakan senjata ekonomi dan senjata maklumat bagi melemahkan umat Islam.

- Membina tamadun pemikiran bangsa. Golongan terpelajar seharusnya menjadikan penulisan sebagai wasilah penting dalam menyampaikan dakwah untuk mengelakkan bangsa kian punah dirodok bahan hedonis dan erotis.

Jika pembaca ingin belajar bagaimana mahu menjadi penulis yang berjaya, sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran. Setelah banyak membaca, sewajarnya kita 'melahirkan' semula apa yang kita baca menjadi idea dalam bentuk penulisan.




MEMBACA MERUPAKAN WASILAH TERPENTING DALAM MENUNTUT ILMU




8 comments:

  1. Alhamdulillah...saya telah habiskan membaca buku ini. Saya amat teruja membaca buku kerana saya bercita-cita ingin jadi penulis buku, tetapi baru satu buku sahaja yang berjaya diterbitkan buat masa ini. http://fmtt.blogspot.com/p/buku-saya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas buat anda. Anda suka membaca dan anda juga minat menulis. Dua ciri yang sangat baik dan penting untuk berdakwah. Penulis yang baik adalah penulis yang banyak membaca kerana dengan membaca mereka tidak akan kekeringan idea dan karya mereka sentiasa segar dengan isi-isi penulisan yang baik melibatkan isu-isu semasa. Wallahualam.

      Delete
  2. Salam Makcik, apa khabar? nampak menarik la buku ni..nak carik le :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT Syida

      Makcik sihat, alhamdulillah. Rasanya sudah agak lama kita tidak berjumpa dan bercerita. Bagaimana agaknya rutin kehidupan Syida sekeluarga?. Oh ya, insyaAllah, buku ini amat baik untuk dijadikan panduan berdakwah melalui penulisan. Buku ini terbitan Telaga Biru. Terima kasih :)

      Delete
  3. Saya sudah membaca buku ini. Saya mendapati ia lebih kepada buku bagaimana sepatutnya penulis fiksyen-Islami berlangsung. Tip-tip yang diberikan juga berguna untuk pembaca yang baru nak berjinak ke dunia penulisan kreatif.

    Untuk kelansungan menulis, saya cadangkan buku "POW!, Menjadi Penulis Hebat : Langkah Demi Langkah" oleh Bobbi DePorter. Ringkas dan mudah untuk difahami langkah menulis.

    Untuk buku penulisan rencana (non-fiksyen) saya lebih cadangkan 'Penulisan Rencana Berkesan' karya Mus Chairil Samani. Betullah harga tidak melambangkan kualiti. Ia lebih baik berbanding buku 'Buat Duit dengan Menulis' tulisan Jeniri Amir.

    ReplyDelete
  4. Untuk pengetahuan anda, saya sudah membaca buku-buku tentang 'ilmu penulisan'termasuk yang anda sebutkan tadi tetapi disebabkan kerana kekangan masa, saya tidak berdaya untuk mengeluarkan kesemua entri ulasan buku-buku tersebut di blog ini. Contoh buku yang baik untuk dijadikan rujukan ( selain dari buku di atas ) seperti berikut:

    1 - Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas Zamri Mohamad

    2 - Buat Duit Dengan Menulis - Jeniri Amir

    3 - Panduan Menulis Cerpen Teknik Surah Yusuf - Ainon Mohd

    4 - Panduan Menulis Cerpen - Jasni Matlani

    5 - Pemasaran Gerila Untuk Penulis - Jay Conrad Levinson

    6 - Tip Menjadi Penulis Bestseller - Zamri Mohamad

    7 - Ketrampilan Menulis - Mohd Sidin Ahmad Ishak

    8 - Menjadi Penulis Jutawan - Nimoiz TY

    9 - POW Menjadi Penulis Hebat ( Langkah Demi Langkah ) - Bobbi Deporter

    10 - Bagaimana Saya Menulis - Mawar Safei, Nisah Haron

    11 - Karya Kita Hak Kita - Nisah Haron

    12 - Karya Nan Indah - Faisal Tehrani

    13 - Memahami Penyuntingan Naskhah - Hamedi Mohd Adnan

    14 - Memahami Penerbitan Buku - Hamedi Mohd Adnan

    15 - Proses Penciptaan Menulis Untuk Remaja - Othman Putih

    16 - Penulisan Rencana Berkesan - Mus Chairil Samani

    17 - Menulis Bersama Allah - Arroyan Dwi Andini

    18 - Berdakwah Melalui Penulisan Efektif - Hafiz Firdaus Abdullah

    19 - Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis - Nasruddin Yunos

    20 - Menulis Ulasan Buku Untuk Akhbar, Majalah & Jurnal Ilmiah - Roosfa Hashim

    Ini diantara beberapa buah buku rujukan penulisan berbagai genre yang sempat saya sebutkan pada kali ini. Ada banyak lagi tajuk buku tentang ilmu dan dunia penulisan yang tidak saya sebutkan tetapi sudah saya baca. Penulis yang baik ialah yang banyak membaca dan membuat rujukan. Banyakkan membaca agar banyak perkara yang kita tahu. Jangan hanya membaca buku yang kita minat tetapi cubalah membaca buku yang perlu kita tahu isinya.

    ReplyDelete
  5. Wah! Banyak betul buku puan baca. Saya masih lagi membaca satu demi satu. Alhamdulillah, boleh dikatakan semua buku yang puan nyatakan itu ada terdapat di perpustakaan saya belajar. Betul kata puan, tak puas kalau baca satu sahaja kerana setiap penulis memberi gaya yang berlainan untuk menulis.

    Saya setuju dengan puan. Menulis dan membaca itu kembar. Semua buku yang saya baca, pengarangnya menyatakan dua kunci utama untuk menjadi penulis berjaya iaitu lazimkan diri dengan menulis setiap hari, dan suburkan minda dengan pelbagai genre bacaan.

    Dengan itu, pasti yang ketiga akan menyusul iaitu banyakkan berfikir.

    Maaf juga ya puan. Saya baru sahaja singgah di blog ini. Jadi kurang mengerti cara penyampaian puan di sini.

    Susah nak jumpa reviu buku bahasa Melayu. Dahulu ada juga saya ikuti blog jiwarasa.blogspot.com, tetapi ia seperti sudah mula sepi.

    Teruskan usaha puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog buku yang tidak seberapa ini. Semenjak dari kecil saya amat cinta membaca. Saya suka membuat perbincangan tidak formal bersama ahli keluarga dan kawan-kawan tentang tajuk dan isi buku yang telah saya baca. Tujuannya adalah kerana saya ingin berkongsi maklumat yang telah saya gali ketika membaca sesebuah buku.

      Walaupun saya berusaha untuk menarik perhatian orang disekeliling saya untuk gemar membaca, namun mereka sukar untuk bersikap konsisten dengan aktiviti itu. Jika ada pun, mereka hanya memilih bahan bacaan ringan. Sebagaimana yang kita tahu tidak ramai yang suka membaca buku-buku berciri ilmiah. Kebanyakan daripada mereka hanya suka membaca tabloid, majalah dan novel cinta. Jadi, tujuan saya membina blog ini adalah sebagai salah satu cara untuk saya menarik perhatian umum agar suka membaca kerana di luar sana terdapat banyak buku-buku baik pengisiannya yang boleh dijadikan bacaan bagi menambah ilmu pengetahuan.

      Saya paling suka membaca buku-buku biografi ulama dan cendekiawan dahulu. Contohnya seperti Ibnu Sina, beliau sangat genius dan pakar perubatan yang tiada tolak bandingnya. Kitab karya beliau berjudul Al-Qanun hingga sekarang masih menjadi rujukan oleh pelajar-pelajar perubatan terutamanya di Barat. Tidak dinafikan bahawasanya beliau dilahirkan sebagai seorang yang genius. Namun begitu, kunci kepandaian dan kehebatan beliau yang paling utama adalah 'membaca'. Beliau sangat suka membaca, cintakan ilmu dan sangat fokus. Begitu juga halnya dengan ulama dahulu kala seperti Imam Syafie yang telah membaca dan menghafal Kitab Al- Muwaththa' karangan Imam Malik sebelum beliau berhijrah ke Madinah untuk berguru secara langsung dengan Ulama besar tersebut.

      Terima kasih kerana sudi berkomentar di ruangan ini. Sekurang-kurangnya saya tahu bahawa blog buku ini masih dilawati pembaca. Alhamdulillah.

      Delete