Saturday, January 19, 2013

KHOMEINI BERDUSTA - MUHAMMAD MALULLAH


Buku ini menyingkap rahsia permusuhan golongan Sunni dan Syiah. Banyak tulisan tokoh-tokoh Syiah yang berintikan dendam abadi mereka terhadap Ahlussunnah. Gejolak permusuhan itu terakam dalam siri ceramah dan tulisan-tulisan Imam Khomeini, yang lebih dikenali sebagai Pemimpin Besar Revolusi Islam di Iran. Nama besar Khomeini seringkali menghipnotis semua kalangan sehingga mengabaikan sikap kritis melalui berbagai ceramah dan tulisannya.

Penulis buku ini menegaskan bahawa dalam memaparkan sikap Khomeini terhadap Ahlussunnah, beliau tidak bermaksud mencaci Khomeini atau para ulama Syiah. Melainkan, tujuannya adalah menjelaskan diri Khomeini yang sebenarnya dan sikapnya terhadap golongan Sunni. Dengan disandarkan pada tulisan-tulisan Khomeini yang tersebar dan diakui serta disahkan dikalangan pengikut dan penyokong Khomeini sendiri. Kritik ilmiah dan objektif serta berlandaskan bukti-bukti nyata yang tentunya bukan andaian-andaian lemah. 

Khomeini sangat mendendami dan mendustakan Ahlussunnah. Sebagai seorang Syiah, dia mengkafirkan Ahlussunnah serta menghalalkan darah dan harta Ahlussunnah. Juga, berbagai fitnah lainnya yang dilancarkan untuk menghentam Ahlussunnah. Buku ini akan mengejutkan pembaca dengan realiti sebenar betapa seorang Khomeini yang dihormati dan dipuja-puja golongan Syiah telah memendam bara api untuk membakar Ahlussunnah secara diam. Jika ingin mengetahui huraian selanjutnya, sila dapatkan buku ini dengan segera.



SATU AYAT YANG ANDA BACA MUNGKIN AKAN MENGUBAH DIRI ANDA DARIPADA KESESATAN MENUJU KE GERBANG HIDAYAH.




3 comments:

  1. "SATU AYAT YANG ANDA BACA MUNGKIN AKAN MENGUBAH DIRI ANDA DARIPADA KESESATAN MENUJU KE GERBANG HIDAYAH." saya setuju dengan ayat puan ini, dengan hanya izin Allah.

    Dari segi pemahaman, golongan Syiah amat berbahaya. Lihatlah apa yang terjadi di Syria dan Iraq. Bak kata orang, kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan.

    Mungkin puan boleh letakkan pandangan puan terhadap setiap pembacaan buku puan. Memujuk kenapa perlu kami, pembaca, meluangkan masa membaca buku tersebut. Dengan ini barulah ada keseronokan dalam membaca dan berkongsi. (tapi katakan tidak kepada spoiler alert yea untuk novel).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, buku genre ini merupakan sebuah buku tarbiyah dan pencerahan yang wajib dibaca oleh umat Islam supaya mereka sentiasa sedar dan berjaga-jaga agar tidak mudah dipengaruhi dengan doktrin-doktrin golongan Syiah secara halus.

      Saya cuba meringkaskan apa yang saya baca dengan padat dan penuh tandanya buat pembaca blog ini. Kepada pembaca yang ingin mengetahui keseluruhan isi buku ini, pastinya mereka akan berusaha untuk mendapatkannya sebagaimana saya juga berusaha untuk mencari dan mendapatkan buku tersebut.

      Delete
  2. Assalammualaikum Puan,

    Dimana saya boleh dapatkan buku ini secara online..
    Untuk pengetahuan Puan, buku karangan faizal tehrani perlu dielakkan kerana beliau seorang syiah.. sedikit ssebanyak akan mempromote syiah di dalam tulisannya.

    Terima kasih,

    ReplyDelete