Saturday, January 19, 2013

TRAVELOG TANGISAN & TITISAN DARAH DI BAWAH LANGIT KASHMIR - C.N.AL-AFGHANI & MOHD RAPI BIN MOHD NOR AL-JUNDI



Lihatlah darah merah yang membasahi bumi Kashmir. Dengarlah, di sana ada jeritan yang menagih pertolongan kita. Cukupkah sekadar berbicara, berbincang, memberi usul di dalam perhimpunan, muktamar, pidato, forum, diskusi, mesyuarat, dan sebagainya. Sedangkan gadis Islam yang berada di tangan musuh meronta-ronta semata-mata ingin menyelamatkan maruahnya dari kegilaan nafsu buas musuh?. Apakah kita tidak mahu bersama menghidu wangian firdaus bersama para syuhada Kashmir?.

Dunia serba moden yang semakin dekat dengan hari kebinasaannya. Saban hari mencatatkan sejarah hitam di negara-negara Islam. Berbagai malapetaka yang penuh kehinaan dan kezaliman menimpa umatnya. Baik individu, ummah dan keseluruhannya. Sama ada dalam kekuatan politik, ekonomi. sosial dan apatah lagi ketenteraan.

Tidak ramai umat Islam yang berminat untuk mengetahui nasib ummah lainnya. Perbincangan-perbincangan ke arah menyelamatkan ummah yang dizalimi, sekadar terdengar di hujung-hujung telinga sahaja. Masalah ummah dianggap sekadar isu semasa sahaja. Ianya menjadi mainan politik sama ada oleh negara Islam mahupun bukan Islam. Hampir semua ingin menjadi jaguh untuk membela negara Islam yang tertindas. Masing-masing berasa marah dan geram dengan kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam. Namun nasib umat Islam yang dizalimi masih tetap begitu, menunggu pertolongan dengan penuh kesabaran dan kesakitan.

Buku ini menyingkap kisah benar kesengsaraan umat Islam masa kini yang terus ditindas oleh kaum kuffar Hindu khususnya di Kashmir. Peristiwa Masjid Babri di India beberapa tahun yang lepas, masih terbayang diingatan kita. Kemenangan puak Hindu itu, menyebabkan mereka lebih ghairah untuk menghapuskan beratus-ratus masjid di sana. Pengaruh kemenangan Hindu di India kian menular hingga ke negara-negara lain yang berdekatan.

Kashmir juga tidak ketinggalan menjadi mangsa puak kuffar ini. Kashmir pernah dijajah oleh Inggeris serta India suatu masa dahulu. Bukan sahaja masjid diruntuhkan, malah umat Islam di sana menjadi sasaran kekejaman puak Hindu. Malangnya tidak ramai yang sedar apa yang sedang berlaku. Mungkin kerana kesan dari usaha menutup kezaliman pihak kuffar itu serta kelemahan umat Islam sendiri untuk mendedahkan maklumat tersebut.




DAKWAT ULAMA, DARAH SYUHADA DAN AIR MATA PARA WALI DILETAKKAN DI DALAM TIMBANGAN AMAL KEBAIKAN.




1 comment:

  1. suka baca blog akak.done follow akak,sila follow ye
    http://ceritasitelingabulat.blogspot.com/..salam dr johor bahru ;)

    ReplyDelete