Wednesday, April 3, 2013

BERSYUKURLAH KERANA-NYA - SYED ALWI ALATAS




Assalamualaikum WBT

Buku ini ditulis dengan harapan yang besar agar para pembaca faham betapa pentingnya mensyukuri nikmat serta mengetahui perkara yang perlu dilakukan dalam bersyukur kepada Allah. Semakin banyak manusia bersyukur, maka akan semakin banyak nikmat dan kebaikan dilimpahkan ke atas mereka. Semakin banyak manusia bersyukur, akan semakin banyak kebahagiaan yang mereka rasai.

Manusia sekarang berada dalam zaman yang sangat maju. Begitu banyak kemudahan hidup dapat dirasai. Manusia moden umumnya lebih sejahtera dibandingkan mereka yang hidup pada masa-masa sebelumnya. Tetapi apakah mereka lebih bahagia?. Ternyata tidak!

Buktinya, banyak orang kaya yang kehidupannya tidak bahagia. Ramai orang terkenal yang akhirnya memutuskan untuk 'bersara' awal dengan mengakhiri hidupnya sendiri. Orang yang tidak berharta pun banyak yang tidak bahagia. Sedangkan mereka semua mengharapkan kebahagiaan dan mengimpikan kegembiraan hidup. Apa penyebab semua ini?. Sebabnya, mereka mencari kebahagiaan pada tempat yang salah.

Kebahagiaan tidak terdapat pada harta benda dan kekuasaan. Kebahagiaan ada dalam beberapa hal yang sederhana, antaranya pada apa yang dibahas dalam buku ini iaitu SYUKUR.

Maka kalau anda ingin bahagia, bahagia di dunia dan di akhirat, maka fahamilah apa yang terkandung di dalam buku ini dengan baik dan amalkanlah. Jika anda memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, insyaAllah jiwa akan semakin sihat dan bahagia. Anda akan lebih mudah tersenyum, lebih merasakan kemudahan dalam hidup dan dapat meraih lebih banyak manfaat dalam hidup.



KOMEN SAYA

Alhamdulillah, selepas membaca buku bertajuk 'Senyumlah' dan 'Mudahkan Jangan Susahkan' karangan Syed Alwi Alatas, akhirnya saya dapat membaca buku beliau yang seterusnya iaitu 'Bersyukurlah Kerana-Nya'. Buku terbaru ini sangat menarik perhatian saya kerana ianya menyingkap makna SYUKUR dengan lebih mendalam. Syukur atas nikmat yang telah dilimpahi Allah swt kepada sekalian hamba-Nya. Apakah kita ini termasuk golongan yang tahu bersyukur?. Jawapannya ada di dalam buku ini.

Sebagai manusia, kita tidak lekang dari melakukan dosa. Sudahlah banyak melakukan dosa, malah kurang bersyukur atas segala nikmat yang ada di sekeliling kita. Lebih buruk lagi, kita selalu menyalahkan Allah kerana tidak memakbulkan apa saja permintaan kita. Walhal, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Jika sesuatu doa yang dipinta tidak tertunai, pasti tersimpan hikmah disebalik semua itu. Sewajarnya, kita wajib bersangka baik di atas segala yang berlaku. Kita sering meminta apa yang tiada dan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Contohnya nikmat kejadian manusia itu sendiri. Masihkah kita mahu menjadi orang yang mendustakan nikmat-nikmat Allah?.

Apabila membaca buku ini, saya seperti kanak-kanak yang baru saja dilibas dengan sebatang rotan kerana telah melakukan kesalahan yang besar. Penulis menyedarkan saya yang sering alpa akan limpahan nikmat anugerah Allah swt yang sangat banyak yang telah saya terima semenjak dari lahir hingga sekarang. Tanpa disedari, bergenang airmata kerana menyesali betapa saya sering alpa dan cuai untuk beristiqomah dalam bersyukur atas segala limpahan nikmat yang tidak terperi ini. Sebagai  manusia biasa, saya juga selalu mengeluh akan apa saja yang saya hajati tetapi tidak mampu saya miliki. Namun saya kurang perhatikan dan hargai, apatah lagi mensyukuri segala apa yang telah saya miliki. Walhal, segala apa yang ada pada saya adalah nikmat yang tidak ternilai tingginya. Saya benar-benar insaf.

Dengan membaca buku ini, ia dapat mengubah pandangan saya akan erti syukur yang sebenar-benarnya iaitu bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan. Penulis juga mengajar saya untuk lebih memanfaatkan segala nikmat yang ada disekeliling saya. Nikmat masa yang sering manusia lengahkan. Nikmat kesihatan yang sering manusia cuaikan. Nikmat kekayaan yang sering manusia hamburkan. Nikmat muda yang sering manusia lupakan dan nikmat hidup yang sering manusia abaikan. Ingat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara. Penulis juga turut memuatkan beberapa teknik untuk meningkatkan rasa syukur.

Secara amnya, buku setebal 329 ini dihidangkan dengan cukup baik sekali. Ada 4 tajuk utama yang masing-masing dibawahnya mengandungi tajuk-tajuk kecil lainnya. 4 tajuk utama itu ialah 'Nikmat Yang Melimpah', 'Belumkah Datang Masa Untuk Bersyukur?', 'Bagaimana Bersyukur' dan 'Berbahagialah Mereka Yang Bersyukur'. Setiap bab ke bab yang lain dikupas dengan baik dan tidak meleret-leret. Penggunaan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami, sesuai untuk bacaan setiap golongan. Dari bab ke bab mempunyai kesinambungan cerita hingga menjadikan pembaca ralit meneruskan pembacaan untuk mengetahui kisah motivasi yang dilampirkan dan kupasan selanjutnya. Pastinya kisah motivasi yang termuat dalam buku ini berjaya mencuit rasa sayu dan insaf kepada sekalian pembaca.

Kisah 'Raja Sehari' melambangkan manusia malang dan rugi yang sering menyia-nyiakan masa dan kesempatan yang dimilikinya. Kisah-kisah yang dipaparkan ini sebenarnya sangat menyamai dengan kehidupan seharian kita. Nikmat dan kesempatan yang diberi tidak digunakan dengan baik sehingga segala nikmat itu ditarik balik oleh sang empunya, barulah rasa penyesalan merajai hati. Setelah apa yang terjadi, manusia cenderung menggunakan perkataan 'Kalau'. "Kalaulah aku tahu begini akhirnya.....". Malangnya segala penyesalan itu sudah tidak berguna dan kesempatan yang pernah dimiliki tidak akan hadir untuk kedua kalinya.

Kisah 'Besarnya Nilai RM144' sangat menginsafkan saya. Jika kita merasa diri kita susah, masih ada ramai lagi manusia yang lebih susah daripada kita. Kesimpulannya, jangan selalu pandang orang yang di atas kita, selalulah pandang siapa yang berada di bawah kita dan perhatikan kehidupan mereka. Cara ini akan menjadikan kita lebih bersyukur atas nikmat yang telah kita terima.

Kisah ikan paus yang terperangkap di dalam pukat juga sangat memilukan. Ikan paus itu telah diselamatkan oleh sekumpulan penyelamat. Walaupun kerja-kerja menyelamat itu bahaya dan memakan masa, namun berkat rasa simpati yang tinggi terhadap haiwan tersebut, para penyelamat tetap meneruskan misi menyelamat mereka hinggalah ikan paus itu bebas. Setelah ikan paus tersebut terselamat, ia menghampiri seorang demi seorang penyelamat itu, menyentuh dan menolak mereka dengan lembut seolah-olah sedang berterima kasih kepada mereka. Haiwan juga pandai bersyukur dan berterima kasih. Kita pula bagaimana?.

Kisah di atas adalah sedutan dari cerita motivasi yang termuat di dalam buku ini. Kepada pembaca, sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran untuk mengetahui kisah dan kupasan selanjutnya. Sepanjang membaca buku ini, saya berasa seperti sedang mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Tok Guru secara bersemuka. Segala yang disampaikan mudah terakam di minda dan menyerap di kalbu saya. Semoga segala ilmu yang digali melalui buku ini dapat menjadikan saya insan yang lebih baik dalam memahami dan menghayati erti syukur yang sebenar-benarnya. Terima kasih buat Tuan Syed Alwi Alatas kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba yang bersyukur. Wallahualam.





SYUKUR AKAN MENGIKAT NIKMAT DAN MENARIK TAMBAHAN NIKMAT. ORANG YANG PANDAI BERSYUKUR ADALAH ORANG YANG PANDAI MENARIK NIKMAT KEPADA DIRINYA 

- SYED ALWI ALATAS -











10 comments:

  1. Salam Puan Mina,

    tumpang tanya..buku terbitan dari syarikat mana ye?

    nanti emaikan kepada saya

    nmheidzir@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam Ibu Mina,

    Itu buku terbitan Malaysia, ya?
    Saya di Indonesia.
    Saya dukunglah menyebarkan info buku bermutu.

    ReplyDelete
  3. salam kenal ibu, memang kita harus banyak-banyak bersyukur, maka akan ditambah.

    ReplyDelete
  4. AS SALAM DEAR MINA WHY U RNOT ON MY FB ANYMORE ... :( DID U DELETE ME..SO SAD DEAR

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum.. semoga jadi banyak yang hobi baca buku bermutu, kami jg menjual buku2 islam diskon

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Puan,

    Seronok baca ulasan puna tentang buku-buku yang tersenarai. Memang betul membaca menghadang kebodohan.

    Saya juga ada blog yang membuat sedikit ulasan peribadi tentang buku yang saya baca. Ianya lebih kepada buku-buku motivasi.

    Saya berbesar hati jika puan dapat melawat blog saya :

    http://jihadbuku.blogspot.com dan jangan lupa untuk komen.

    Semoga mendapat ilmu yang dari puan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,,

    banyak informasi dan ulasan buku2 disini...memang sangat bermanfaat..

    salam ramadhan...

    ReplyDelete
  8. Salam

    Saya Jamal dari Bandar Baru Bangi, menjalankan jual beli serta sewa buku2 terpakai. Novel Melayu & Inggeris, Buku2 Rujukan Melayu & Inggeris, Buku2 Bacaan Melayu & Inggeris, Komik, etc.

    Buku2 ni saya beli dari orang2 yang tak nak lagi atau sesiapa sahaja yang nak jual buku2 terpakai dia. Ada yg sampai di Johor, Perak pun saya gi.

    Saya nak tanye Puan empunye Blog ni, kalau2 ade buku2 lama, stok2 lama yang nak diberi (^^) atau nak dijual dengan harga murah2 kepada saya.

    Terima kasih
    Jamal 0196088345 jrhtml@yahoo.com

    www.buyandsellusedbooks.blogspot.com

    ReplyDelete